Ahad, April 07, 2013

Bruschetta Tuna Cili Padi

Salam semua,  apa kata kita makan sesuatu yang ringan dan rangup begini untuk sarapan atau makan malam pun boleh! Ada masa makanan begini lebih memberi kepuasan ketika kita letih dan menginginkan sesuatu yang cepat untuk disediakan.  Selain untuk untuk mengisi perut dan berehat bagi saya inilah yang paling ideal..


Brushetta ini menggunakan roti Perancis atau French loaf yang dipotong kemudian boleh ditaburkan dengan cheese, cili tuna(jenama ayam brand bersama cili padi), tomato dan daun basil untuk menambahkan perisa lagi.  Terpulanglah kepada selera masing masing untuk menyediakan sama ada mahu menggunakan daging cincang bersama hirisan tomato atau apa apa yang difikirkan sesuai dengan selera masa kini.



Taburan cheese juga diletakan diatas roti ini, sebelum dibakar selama 15-20 minit. Sebelum meletakan bahan bahan yang diperlukan, sapukan roti dengan butter atau kalau suka tambahkan bawang putih yang dicincang atau bawang putih serbuk, kemudian lecekan cili tuna, tomato didadu, sementara daun basil dicincang.


 Meletakan daun basil adalah kesukaan saya kerana daun basil rasanya, seolah olah sedikit kepedasan saperti daun sirih dan ia menambahkan lagi flavour pada Bruschetta ni.


Bahan Bahan
1 batang roti Perancis/French Loaf
1/4 cawan butter
1 cawan Cheese Mozrella/Parmesan (dalam paket)
1-2 biji tomato (didadu)
1 tin Cili tuna (jenama Ayam)
Sedikit daun basil (dicincang)

1. Potong roti Perancis serong serong dan sapukan butter diatas nya (taburkan serbuk bawang putih jika suka).

2. Lecekan tuna atau biarkan ia "flaky" dan letakan diatas roti bersama cheese, tomato dan daun basil.

3. Bakar selama 10-15 minit hingga rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan