Salam semua, hari ni tah tiba tiba mood apa nak buat kueh lapis! first time pulak tu, bukan tak minat nak membuatnya tapi, memang malas nak mencubanya, kerana bila difikirkan, hendak berdiri lama lama depan pengukus tu, kena fikir dua tiga kali lah juga.. tapi apabila, mencuba membuatnya terasa senang je tak susah pun! cepat pulak apabila dikukus kueh lapis ni.
Setelah melihat kepada resipi resipi kueh lapis dari bloggers, saya mencuba dengan membuatnya mengguna blender saja.. dengan cara ini lebih pantas dan mudah, termasuk juga dengan kueh traditional yang lain saperti bingka, kueh cara, kueh ketayap dan pancake.
Tinggalkan campuran ini, lebih kepada perasa pandan dan kastard, setelah adunan diblender, ia dibahagikan kepada dua bahagian, satu campuran air pandan dan sedikit pewarna hijau dan satu lagi campuran kastard dan sedikit pewarna kuning. Lapisan diatas pula, merupaka lebihan adunan yang sengaja ditambahkan lebih pewarna kuning untuk mendapatkan warna pada kueh lapis ini, so terpulanglah pada citarasa masing masing. Resipinya saperti dibawah.
Bahan bahan
2 cawan (400ml) santan kelapa
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan jus pandan
1/4 sudu kecil pewarna hijau
1/4 sudu kecil pewarna kuning
1. Satukan santan kelapa, tepung beras, gula, garam tepung kastard dan tepung gandum dan kisarkan hingga sebati.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian, setengah dibiarkan didalam blender untuk dikisar sebatikan dengan jus pandan, pewarna dan satu lagi ditambahkan dengan pewarna kuning.
3. Panaskan pelengat dengan acuan berukuran 6 inci diameter dan lenserkan dengan sedikit minyak.
4. Setelah panas, sendukan dengan satu senduk untuk lapisan pertama, biarkan sebentar 5-8 minit dan sendukkan pula adunan yang kedua. Ulang process ini hingga habis. Sejukkan sebelum memotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan