Sabtu, Mei 18, 2013

Mee Siput

Salam semua, malam ni makan simple simple je .. Kalau dah tak keluar, maknanya, duduk rumah,duduk rumah pula maknanya, kenalah masak sebab kena makan..tak makan, perut masuk angin! Itu lah hakikat kehidupan, pokok pangkal nya, tak boleh relaks kalau tidak faham jelah...

Berbalik kepada mee siput, tentu anda pernah membelinya. Ia merupakan mee telur berbentuk siput dari dalam paket plastik dengan jumlah 6 keping semuanya. Cara menyediakanya pula, mee ni harus direndam seketika supaya lembut selama 15-20 minit sebelum menggorengnya.

Selalunya, menggoreng merupakan cara terpantas dalam penyediaan makanan saperti begini kerana perasanya main hent am sajalah dengan bahan bahan yang anda gemari. Cara anda mungkin berbeza dengan cara saya kan .. kan. Cara saya begini...

Bahan Bahan
1 paket mee siput (rendam dengan air panas)
2 ulas bawang putih (cincang)
2-3 batang sawi (potong 1 inci)
1 batang karot (hiris)
1 biji tomato (belah empat)
1 cawan daging ayam cincang
1-2 sudu besar cili boh
1-2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap masin
2-3 sudu besar kicap manis
1-2 sudu sos cili
2-3 sudu besar minyak masak
1 cawan air
Garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa.

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.

2. Masukkan daging ayam cincang, kacau goreng seketika.

3. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, cili boh, sos cili, sos tiram, kicap masin/manis garam.

4. Masukkan air dan renih seketika, masukkan sawi dan tomato.

5. Masukkan mee siput, kacau/goreng hingga terbit minyak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...