Sabtu, Mei 11, 2013

Pie Daging (Beef Pie)


Salam semua, pagi ni kerajinan membuat Pie Daging dengan perasa 'black pepper' yang rangup.  Hari ni merupakan Mother's day!.. Banyak pula pertikaian mengenai Hari Ibu ni, ada yang mengatakan tak perlu disambut kerana ia merupakan sambutan orang orang kristian..  Ikut sukalah pada siapa yang hendak sambut atau tak nak sambut.  Tapi, apa yang penting perngorbanan seorang ibu tak harus dipertikai kerana bukan senang hendak menjadi seorang ibu. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi tak kesemua anak itu boleh menjaga seorang ibu.. generally speakinglah.. Alhamdulilah bagi pihak saya.

Kalau semua agama bersatu dengan pemikiran dan sambutan secara keseluruhan tak kira agama apa pun, kita bersatu padu dengan pendirian mereka dengan agama mereka kita dengan agama kita tetapi masih boleh bersatu atas nama keraian Hari Ibu bersama, rasanya tak salahkan!!. buangkan pemikiran bahawa kita bersatu sebagai keluarga dan menghargai jasa seorang Ibu! Kalau tidak kerana itu, seseorang dapat befikir makna seorang ibu, kerana mereka tidak akan memahami sehingga seseorang itu menjadi seorang ibu..  Walaupun islam mengajar kita menghargai ibu setiap masa, tapi adakala masa tak mengizinkan kita mengenangkan insan yang bernama ibu, kenapa! kerana kesibukan! pandai pandailah....



Sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan setiap pengorbanan terutama sekali merasai betapa peritnya apabila keseluruhan hidup sebagi ibu, isteri dan anak perempan harus mengharungi cabaran cabaran hidup, sehingga kadang kadang tidak ada masa untuk diri sendiri. Walaupun pemikiran yang cekap harus diaplikasikan kedalam kehidupan berkeluarga, tetapi seorang perempuan juga emosi emosi yang tak stabil gitu... faham .. fahamlah..

Berbalik kepada Pie ini, ssecara sepontan saja saya mendapat idea untuk membuatnya, asalnya hendak membuat karipap tetapi memandangkan renyahnya hendak membuatnya, jadi pie inilah yang menyelamatkan masa!

Membuat Pie ini dimulakan dengan membuat tepungya dahulu, dengan cara begini  tepung yang diuli, elok dibiarkan  lembut seketika dan dalam pada itu saya menyediakan intinya.

Untuk resepinya ada saperti dibawah:


Bahan Bahan tepung
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter
1 gelas air sejuk
sedikit garam
1 biji telur

1. Masukan tepung kedalam mangkuk yang besar.

2. Dadukan butter dan gaulkan pada tepung dengan menggunakan hujung jari hingga
'crumble'.

3. Masukan air sedikit sedikit dan uli hingga sebati, tambahkan sedikit mentega sehingga adunan tidak melakat dan lembut dan biarkan selama 15-20 minit.

Bahan untuk intinya
1 paket daging kisar (Ramlee)
1 biji bawang besar (dadu)
1-2 biji bawang putih (sagat)
1/2 inci halia (sagat)
1/2 cawan lobak merah
1/2 cawan daun bawang dan daun sup (hiris halus halus)
Sedikit serbuk perasa Ayam
Sedikit lada hitam
garam secukupnya,
1-2 sudu minyak sapi

1. Panaskan kuali dan tumis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga terit bau.
2. Masukan daging kisar dan kacau hingga sebati - kacau hingga daging menjadi 'brown'.
3. Masukan 1-2 cawan air dan renihkan bersama lobak merah, serbuk perasa, garam,lada hitam hingga daging menjadi lembut.
4.  Apabila hampir kering masukan daun sup/bawang dan bawang besar, biarkan ia kering sedikit sebelum menutup api.
5. Sediakan tepung yang dibahagi dua (satu untuk bawah dan satu untuk menutp pie)  dengan mengulikan ia diatas permukaan yang leper supaya menjadi 2 bulatan yang besar dan letakan pada pinggan pie sambil memicit bahagan tepi pada pinggan yang ditelah disapukan dengan mentega dan taburan tepung.
6. Tuangkan inti pie dan ratakan dan tutup permukaan pie dengan lapisan atas. gunakan garpu untuk menekan tepi tepi pie dan cucuk diatas permukaan atas dengan garpu.
7. Sapukan pie dengan telur yang telah dipukul sebelum dibakar.
8. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 30 minit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan