Selasa, Jun 18, 2013

Ayam Goreng Berempah

Salam semua... Masakan ayam begini merupakan salah satu kegemaran keluarga sebelah suami saya.. malah saya pun belajar memasak ayam begini dari mak mentua saya, tapi berlainan sedikit kerana pandailah pulak nak menokok tambah mengikut citarasa saya sedikit. Nak bagi uuummmph.. lah konon! So, fikir fikir punya fikir apa nak masak hari tu dengan takde mood pun, yang adapun ketulan ayam saja, main hentam sajalah buat resipi ni. Kena pula dengan nasi putih dan sedikit sayur yang digoreng , cukuplah tu!







Sudah menjadi kebiasaan bagi saya, apabila memasak ayam, kulit selalu akan dibuang, untuk kesihatanlah konon..  begini, masakan ayam pun akan lebih menarik tanpa kulit, terpulanglah kalau nak masak dengan kulit pun boleh, lain orang lain seleranya... nak tokok tambah dengan bahan bahan lain pun ikutlah rasa sendiri. Cara masakannya adalah saperti berikut. Hidangan ini untuk dua orang saja..

Bahan bahan
5-6 ketul ayam yang dipotong kecil
Sedikit daun ketumbar (dicincang)
1-2 cawan air
1-2 sudu minyak sapi
Garam


Bahan Perapan
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan kasar
1-2 sudu kecil cili boh/serbuk
1-2 sudu lada hitam

1. Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 10-15 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng ayam yang diperap, kacau dan balik balikan hingga ayam menjadi putih dan terbit minyak.
3. Masukan air dan garam, renih ayam hingga lembut dan kuah  hampir menjadi kering.
4.Apabila hampir kering masukan daun ketumbar dan kacau seketika sebelum menutup api
.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...