Khamis, Jun 20, 2013

Biskut Kacang Hijau

Salam Jumaat yang barakah ini.. Hai... Ramadan pun belum lagi, buat biskutlah pulak! bukan untuk raya tetapi untuk mencoba gitu.. sebab hari tu masa beli bahan bahan kek ternampaklah pula, tepung biskut kacang hijau ni.. dek kerana malas, takde mood dan hal hal lain, hari ni kerajinanlah pula.. Cadangnya nak buat kek kerana teringin nak makan tapi bila didapati takde telur, maka biskut ini sebagai pengganti.


Aturan yang diberi cukup mudah sekali untuk diikuti.. hanya tambahkan minyak canola/minyak jagung sebanyak 100 ml lebih kurang gitu kemudian diuli, ditekap dan dibakar sahaja... So apa susahnya! Kalau handak ia dijadikan lebih rangup elok juga disapukan putih telur diatas biskut saperti biskut kacang.  Semasa membeli tepung campuran ini, lupalah pula nak bertanya pada tokey kedai tu, kacang apa yang dicampurkan pada adunan ini.. so.. bila diamat amati, ia mengandungi kacang peas kerana tekstur dan rasa biskut ini saperti rasa kacang peas.. memang sedap... tapi tak tahulah sama ada boleh didapati pada bakeri ditempat anda... mungkin ada.. boleh coba tanya jika teringin nak membuatnya.


Untuk menambahkan rasa pada biskut ini, cokelat cip dimasukan dengan hanya ditekankan pada biskut yang sudah dibentuk sebagai hiasan. Terpulanglah pada kehendak masing masing untuk membentukanya. Dengan satu paket anggaran 100 gm dapat menghasilkan dalam 30 biji biskut. So selamat mencoba!


Bahan Bahan
100 gm/satu paket tepung campuran (yang telah siap diadunkan tanpa minyak)
100 ml minyak canola/jagung
1/4 cawan cokelat cip

1. Panaskan oven pada suhu 150-180 darjah C.
2. Tuangkan tepung campuran kedalam mangkuk yang besar dan tambahkan dengan 100 ml minyak jagung/canola.
3. Uli hingga adunan menjadi lembut dan tidak melekat.
4. Letakkan diatas sekeping plastik dan leperkan dengan melipat plastik lalu digelek dengan rolling pin untuk mendapatkan permukaan setebal 1/4 inci.
5. Tekapkan dengan acuan yang anda suka dan letakkan satu hingga dua keping cokelat cip diatas biskut.
6. Bakar selama 25-35 minit hingga sedikit kekuningan.

@ boleh juga disapukan dengan putih telur (satelah dipukul) jika suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...