Sabtu, Jun 22, 2013

Chocolate Chip Cupcakes


Salam Ahad semua... sekarang ni tak habis habis kisah jerebu yang melanda kan... kan... kan... Setiap tahun kita akan dibebani dengan masaalah begini.. Hai entahlah.. kononnya nak cut cost lah atau mungkin ia cara yang mudah untuk melangsaikan kerja kerja pembersihan hutan..  politik tetap politik  dalam menangani masaalah begini...  Apa apa pun duduk je dalam rumah, kita buat cupcake gitu.. daripada nak stress sana sini.

Cupcake ini dibuat khas untuk anak dara yang akan pulang ke kolejnya, kerana masih lagi ada butter dan chocolate chip yang tersimpan didalam peti sejuk, maka eloklah dihabiskan sebelum bulan puasa yang akan tiba tidak lama lagi... bulan puasa tak buat kek dah!!  So untuk resipinya adalah saperti dibawah,



Bahan Bahan untuk cupcake

250gm buttercup
1 cawan (250 ml) gula kastor
4 biji telur (grade A)
1 1/2 cawan tepung superfine Blue Key
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil vanilla
1 cawan chocolate chips
Secubit garam

1. Panaskan oven pada suhu 180 Deg. C dan letakkan paper cups kedalam tin muffin.
2. Putar butter dan gula hingga putih.
3. Masukkan telur sebiji sebiji.
4. Masukkan garam dan vanilla.
5. Ayakkan tepung dengan baking soda dan masukkan sedikit sedikit kedalam adunan.
6. Masukkan setengah daripada chocolate chips kedalam adunan dan baki untuk taburan diatas.
7. Sendukan kedalam paper cups untuk diisi 3/4 penuh dan taburkan lagi chocolate chips diatasnya.
8. Bakar selama 20-25 minit dan sejukan.

Bahan Untuk Cream Cheese
250 gm Cream Cheese (BrandTurtura)
1/2 cawan buttercup
1/2 cawan gula kastor

1. Putarkan cream cheese dan butter hingga gebu dan lembut.
2. Masukkan gula dan putar lagi hingga gula hancur.
3. Masukkan kedalam piping bag dengan acuannya sekali.
4. Picit piping bag dengan pusingan sebanyak 2-3 kali dan letakkan chocolate chips diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan