Isnin, Jun 24, 2013

Quiche Cendawan & Celery




Salam semua, anda tentu biasa makan quiche kan! Quiche yang seakan akan pie tapi ia lebih senang dengan topping cheese dan campuran susu dan telur.  Intinya pula adalah inti cendawan dan daun celery, so more to vegetarian lah hari ni.. Cendawan dapat memberikan rasa daging begitu.. so lupakan lah daging sekali sekala... tapi kalau nak masukkan kedalamnya pun boleh juga.


Saperti diatas, dengan satu bancuhan dan adunan dapat diisikan pada dua jenis mangkuk atau piring pie yang berukuran 3x6 inci dan satu bekas pie yang bulat berukuran 6 inci diameter.  Jadi sesuai lah untuk hidangan 3-4 orang saja. Bila dah tak ramai orang dirumah jadi kepentingan untuk menyediakan makanan hanya sedikit sedikit sahaja.. Kalau rasa perlu untuk mendapatkan quiche yang besar, hanya satukan pada satu bekas sahaja.. terpulanglah..... Untuk kulitnya pula anda boleh saja menggunakan 'ready made' pastri yang senang terdapat dipasaraya.  Disini saya saya turunkan cara yang mudah untuk mendapatkan pastri yang lembut dan 'crispy'. 



Bahan Bahan Untuk Pastri
2 cawan tepung gandum/kek (Ukuran cawan 250 ml)
1 cawan susu kotak
3/4 cawan butter (dipotong kecil)
Secubit garam

1. Didalam mangkuk yang besar, masukkan butter tepung dan sedikit garam, perlahan lahan gaul dan picitkan tepung dengan menggunakan hujung jari hingga kesemua tepung sebati dengan butter.
2. Masukkan susu sedikit sedikit dan uli hingga doh tidak melekat pada mangukuk dan biarkan sebentar selama 15-20 minit sementara menyediakan bahan bahan inti.

Bahan Bahan Inti
1 paket cendawan tiram
2 batang daun celery/leeks
4-5 biji tomato cherry
Sedikit Thyme dan Rosemary
Garam dan lada hitam sebagai perasa

1. Potong/dadukan kesemua cendawan, leeks, batang celery/leeks dan tomato cherry.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng batang celery dahulu sebelum memasukkan cendawan dan tomato.
3. Masukkan Thyme dan Rosemary dan bahan perasa garam dan lada hitam dan masak selama 5-8 minit dan ketepikan.

Bahan Bahan untuk topping
3 biji telur  bersaiz besar
1 cawan susu
Sedikit thyme dan lada hitam
sedikit garam
Parutan cheese (Parmesan)

Satukan kesemua bahan diatas dan kacau dengan menggunakan whisk/garpu.

1. Canaikan bahan pastri setebal 1/4 inci untuk dimuatkan kedalam acuan yang sesuai. Sapukan sedikit butter pada acuan dan letakkan pastri kedalam acuan dan picitkan bahagian tepi untuk mendapatkan lampiran pastri.  Bakar pasti pada suhu 200-210 darjah C selama 8-10 minit dan keluarkan.

2. Masukkan inti kedalam acuan, sapu rata, taburkan parutan cheese.

3. Tuangkan bancuhan topping (telur dan susu) dan taburkan sedikit thyme.

4. Bakar selama 25-30 minit hingga kekuningan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan