Isnin, Jun 24, 2013

Ikan Temenung Goreng Asam


Salam semua...  Ni nak share resipi ikan goreng kegemaran saya.  Waktu kecil dahulu, teringat mak dan makcik yang pernah memasak ikan goreng begini.. Terangkat you!!! serius... Lepas makan dengan pasti seekor atau dua akan menjadi ratahan, kalahkan kucing! hingga tinggal kepala dan tulangnya sahaja, Kucing pun tak dapat share sebab hanya tulang yang tinggal!!.. Boleh juga gunakan ikan kembong yang orang kata serupalah dengan ikan temenung, asalkan jangan suka termenung sudahlah..

Mungkin ada yang pernah membuatnya, tapi bagi yang belum harus mencobanya.. Yang menjadikan ia berlainan sedikit dari resipi mak/makcik tu ialah saya menambahkan parutan kulit limau nipis pada ikan sebelum menggoreng dan satelah ikan digoreng, diperahkan pula dengan air limau nipis.. so, faham fahmlah rasanya..  Makan ikan lebih baguskan dan sangat berprotein tinggi..

Bahan Bahan 
8 ekor ikan Temenung  (bersihkan dan kelar)
segenggam asam jawa
1 biji limau nipis
sedikit garam
sedikit parutan kulit limau nipis
Minyak untuk menggoreng (deep fry atay shallow fry pun ok)

Bersihkan ikan dan kelarkan pada bahagian belakang. Ambil segenggam asam jawa, garam dan ramaskan pada ikan untuk menutupi kesemua bahagian dan biarkan sebentar.  Parutkan kulit limau nipis pada ikan yang telah diperap.  Panaskan kuali dengan minyak anggaran secawan, goreng ikan hingga garing, balikkan dan goreng pula disebelah hingga garing dan angkat.  Potongkan sedikit limau nipis dan perahkan sewaktu hendak makan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan