Kali ini resepinya adalah muffin kurma dengan hirisan badam, sihatkan untuk breakfast! Lembut muffin ni kerana dicampurkan dengan sedikit susu.
Walaupun mudah untuk membuatnya, saya masih juga 'refer' pada resipi resipi saya yang sebelumnya, almaklumlah tak selalu buat pun walaupun dah buat takut juga terlupa sesuatu!. Untuk resipinya saperti dibawah.
Bahan bahan kering
11/2 cawan tepung kek/gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cream of tartar
Secubit garam
1/2 cawan hirisan buah kurma
1/2 cawan hirisan badam
Bahan Bahan Basah
1/2 cawan butter
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu Dutchlady
1 sudu kecil esen vanilla
1. Panaskan oven pada suhu 180 Deg.C dan susunkan kertas cawan kedalam tin muffin.
2. Ayakkan bahan bahan kering tidak termasuk kurma dan badam dan satukan setelah diayak.
3. Panaskan butter didalam mikrowave atau didalam mangkuk yang tahan panas diatas api hingga cair dan ketepikan.
4. Satukan gula, telur, susu dan esen vanila, kacau dengan 'whisk' dan masukkan butter, kacau hingga sebati didalam mangkuk yang lain.
5. Satukan bahan kering kedalam bahan basah, kacau hingga menjadi batter yang lembut.
6. Sudukan kedalam acuan untuk memenuhi 3/4 cawan, taburkan dengan lebihan hirisan badam dan kismis.
7. Bakar selama 25 minit.
izin copas ya bun
BalasPadamwww.kurmapedia.com