Ahad, Jun 09, 2013

Pau Keema

Salam Semua!  Memulakan pagi dengan hidangan pau dari tepung yang dibeli semasa berkunjung kebakeri dua tiga hari lepas! Apabila terpandang je tepung tu maka keinginan nak mencoba membuatnya terpanggilah pulak! Selama ni tak pernah lah buat pau you!!  Dolu dolu mak adelah buat! Tapppiii itu dolu!!


Melihatkan pada tepung yang siap dengan aturan dan gambar gambarnya sekali maka bermulalah ekspedisi yang tidak sukar mana pun! Tepung disatukan dengan gula dan dry yeast yang siap dibungkus dengan vegetable shortening. Air suam digunakan untuk menguli tepung kemudian dimasukkan shortening, dibiarkan sebentar hingga ia menjadi lembut dan ringan sementara tu disediakan keema yang simple untuk pau ni.


Inilah tepung pau tu ! Wahhh!! Promosi lagi tapi dapat royalti pun! Apa pun puas hati you!! 


Ini merupakan inti pau tu! So dekat sini saya hanya akan updatekan resipi keema style sayalah yea!

Bahan bahan untuk keema
1 paket daging cincang (chap Ramlee)
1-2 sudu besar rempah daging (Babas)
1 biji bawang besar (dadu)
1/2 inci halia (sagat/tumbuk)
2 ulas bawang putih (sagat/tumbuk)
1-2 sudu kecil lada hitam
Sedikit daun ketumbar
3-4 biji tomato cherry
2-3 biji bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1-2 cawan air
Garam untuk perasay



1. Panaskan kuali dengan minyak sapi, tumiskan bawang besar halia, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih hingga terbit bau.
2. Campurkan rempah daging dengan sedikit air dan masukkan kedalam tumisan bawang, kacau hingga terbit minyak.
3. Masukan daging cincang, kacau dan tambahkan dengan 1-2 cawan air dan renihkan hingga kuah menjadi pekat. Masukan garam dan lada hitam.
4. Apabila hampir kering masukan daun ketumbar dan tomato dan renih lagi hingga kuah menjadi basah basah kering.
Tepung diuli sebesar bola golf, dileperkan, dimasukan initi, ditutup dan pusingkan dan diletakkan diatas kertas minyak yang dipotong 2x2 inci. 
5. Kukuskan selama 10-15 minit hingga berkilat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...