Selasa, Julai 09, 2013

AgarAgar Lumut


Salam semua! Besok dah nak puasakan!! Kalau bulan puasa ni kena juga fikirkan persediaan untuk berbuka, walaupun ia bulan ibadat.. ia menjadi satu kemestian walaupun kita boleh berbuka dengan biasa biasa sahaja.. tetapi elok juga memikirkan makanan yang sesuai untuk perut... 

Selain dari buah kurma, sebagai pembuka, agar agar yang 'evergreen' begini selalu tidak dilupakan.malah kalau pergi kepasar Ramadhan macam macam juadah yang menarik dapat kita lihat.. Orang sekarang sudah pandai mereka aneka makanan yang tidak pernah dilihat pun.. seronok juga.. Walau apa pun lebih sihat kalau buat dirumah sahaja, boleh dimakan dua tiga kali dan tidak membazir.

Elok juga di'update' resipi resipi begini sekali sekala untuk 'refresh'.


Bahan Bahan
1 paket agar agar bertali
4 cawan air
1-2 cawan gula
1 sudu kecil air ros
Sedikit garam

Bahan Bahan Kisar (blender)/dipukul hingga sebati
3 biji telur
3-4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
3/4 cawan jus daun pandan (dari 10 helai daun padan yang harus dikisar berasingan)
(Sedikit pewarna hijau sebagai penambahan)

1. Larutkan agar agar dengan air diatas api yang sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan sedikit garam, kacau hingga betul betul larut.
3. Masukan bahan bahan kisar dan kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Tuangkan pada acuan yang digemari dan sejukkan sebelum menghidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan