Ahad, Julai 07, 2013

Chocolate Chips & Hazel Nut cookies


Salam semua,  hari ni buat Chocolate Chip cookies untuk anak daras's (bersama kawannya) yang pulang ke kolej!. Walaupun sudah ada resipi chocolate chip cookies, tapi yang ini berlainan sedikit kerana ditambahkan dengan white chocolate chips bersama dark chocolate chips dan hazelnut lagi..  So sebelum puasa nanti bolehlah munchy munchy.. waktu tea time ke atau sebagai snacks .. Yang bestnya bila anak dara start buat, dia tak kekal lama kat dapur tu... tiba tiba hilang bawa kereta pergi rumah kawan.. so nasib baiklah ada timer dekat oven tu.. kalau tidak jadi dark chocolate cookies... ish.. ishh... issh.

Kali ni adunan chocolate chip ini lebih senang sikit, kerana adunan lebih kurang saperti membuat kek saja... hanya 2 biji telur diperlukan.. Untuk pengetahuan, setelah dibakar, cookie ini akan merasa lembut gitu, so, biarkan ia sejuk sebentar untuk mendapatkan kerangupan sebelum menyimpannya kedalam bekas kedap udara.


Bahan bahan Putar
250 gm Buttercup
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla

Bahan Bahan Kering (di ayak)
2 1/2 cawan tepung gandum/kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

1/2 cawan chip chocolate putih
1/2 cawan chocolate chips
1 cawan kacang hazelnut

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sediakan tin pembakar dengan kertas pembakar.
2. Putarkan butter bersama gula kastor dan gula perang hingga sebati/larut.
3. Masukkan telur sebiji sebiji.
4. Masukkan vanilla.
5. Masukkan bahan yang diayak sedikit sedikit dan satukan dengan kedua dua chocolate chips dan hazelnut, putar lagi beberapa saat sepaya sebati.
6. Gunakan dua sudu kecil, sudukan dan terus letakkan pada kepada tin pembakar yang siap dialaskan dengan kertas pembakar.  Tambahkan lagi chips dan kacang hazel diatas adunan dan bakar selama 12-14  minit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan