Rabu, Julai 17, 2013

Ayam Masak Kicap

Salam semua.. Kalau masak yang simple simple begini tentu sesuai untuk perut semasa berpuasakan! Tidak terlalu pedas dan sesuai untuk anak anak. Kena pula dengan nasi panas waktu sahur menyelerakan jugalah diwaktu pagi pagi... 

Bahan bahan
Beberapa ketul ayam mengikut keperluan
1-2 sudu kunyit serbuk
1-2 sudu kecil garam
2-3 sudu besar cili boh
1-2 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan air asam
1 biji tomato (belah empat))
1 cili merah (hiris memanjang
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (hiris)
1/2 cawan minyak
1/4 cawan kicap pekat & kicap masin
Sedikit garam dan bahan perasa


1. Perap ayam bersama kunyit dan garam seketika dan goreng hingga 3/4 masak dan ketepikan.

2. Kurangkan minyak dari kuali sebanyak 1-2 sudu besar dan tumis bawang besar,  halia dan bawang putih hingga terbit bau.

3. Masukan cili boh, kacau hingga terbit minyak dan tuangkan air asam jawa.

4. Tambahkan kicap, masukan ayam yang sudah digoreng.

5. Masukan tomato, cili dan daun bawang, renih hingga kuah menjadi pekat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...