Salam semua.. Dah hari kesepuluh kita berpuasakan.. Inilah makanan kegemaran saya dibulan Ramadan. Walaupun senang didapati dimasjid, tetapi lebih suka membuatnya sendiri kerana, saya suka ia simple dan tidak terlalu banyak bahan. Bubur ini dibuat tanpa menggunakan santan didalamnya, kerana ia boleh disimpan hingga kesahur pun.. kalau terlewat bangun pun masih boleh dipanaskan dan memakannya.
Membuat bubur ini ada dua cara yang selalu saya lakukan, sama ada tumis dahulu atau tumis kemudian. Tumis kemudian maknanya, merebus beras bersama daging ke.. udang ke.. ayam ke dahulu, bersama halia, daun pandan, kayu manis hingga beras menjadi hancur baru ditumis bahan bahan bawang merah yang dihiris halus dengan lada hitam/putih baru dituangkan kedalam bubur yang sudah dikacau hancur baru ditaburkan daun bawang, daun sup diatas bersama bawang goreng, kalau suka boleh juga ditaburkan dengan hirisan cili merah. Adakala lobak merah juga dimasukan untuk penambahan bahan kedalam bubur ini.
Manakala tumis dahulu ialah dengan menumis bawang merah, putih, daun pandan, serai hingga terbit bau baru dimasukan beras dan air yang kemudian dididih dan direnihkan hingga pekat dan hancur berasnya. Ayam/udang/daging juga dimasukan bersama. Untuk bubur diatas hanya sotong yang dihirs halus dimasukan.. nak ubah selera.
Bahan Bahan
1 cawan beras (dibasuh)
6-7 cawan air (atau lebih)
1 cawan sotong yang dihiris bulat (boleh gunakan bahan lain)
1 batang serai (diketuk batangnya)
1 inci kayu manis
2-3 sudu besar serbuk lada hitam
1 helai daun pandan (disimpul)
5-6 ulas bawang merah (dihiris halus)
1-2 bawang putih (diketuk/hiris)
3-4 sudu besar minyak masak
sedikit garam
Bahan Hiasan
1/2 cawan daun sup
1/2 cawan daun bawang
sedikit bawang goreng
1. Masukan beras kedalam periuk yang sesuai besarnya bersama air dan rebus dengan api yang perlahan.
2. Masukan serai, kayu manis, garam, daun pandan dan biarkan dengan mengacaunya sekali sekala hingga beras hancur.
3. Masukan sedikit batang daun sup.
4. Setelah beras hancur, masukan sotong (anggarkan dengan tambahan air jika ia terlalu pekat), saperti membuat bubur.
5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan serbuk lada hitam, goreng hingga kekuningan dan tuangkan keatas bubur tadi, kacau hingga sebati.
6. Hidangkan dengan taburan, daun bawang/sup dan bawang goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan