Sabtu, Julai 27, 2013

Crispy Honey Cornflakes


Anda sudah mula buat biskut raya, bagi saya, belum lagi, ini untuk anak dara ku lagi.. hmmm haiii, siapa tak sayang anak kan!!  Apa diminta semuanya dapat! tapi....... kalau mak minta tolong.. Masya Allah belum tentu dapat ditunaikan.. begitulah mereka..

Berbalik kepada Cornflakes ni, senang dibuatnya, tak renyah mana pun dan dalam masa setengah jam siaplah ia.. sesuai untuk hidangan di Aidilfitri nanti.  Tahun lepas pun buat yang ini juga kerana banyak yang suka... Melihatkan pada bloggers yang lain banyak yang sudah memulakan membuat kueh raya, rajinnya mereka! bagi saya biarlah keminggu terakhir kerana kueh akan lebih fresh dan tahan lama.. itu pun hanya beberapa jenis saja yang dibuat, hanya kueh kesukaan saja dan cornflakes ini akan dibuat juga kemudiannya.



Penambahan buah kismis dan badam akan menjadikan cornflakes ini lebih sedap lagi so apa lagi, kalau suka yang senang senang cobalah membuatnya. untuk resipinya ada saperti dibawah...

Bahan Bahan
200 gm cornflakes
90 gm buttercup
3/4 cawan gula perang
2-3 sudu besar madu (honey)
1 cawan kismis hitam
1 cawan hirisan badam

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah C, sediakan acuan kertas (kecil) kedalam acuan pembakar.
2. Masukan buttercup dan gula perang kedalam kuali dan cairkan dengan api yang perlahan.
3. Masukan madu, kacau hingga sebati.
4. Masukan cornflakes dan kismis hitam, kacau hingga sebati.
5. Gunakan sudu kecil dan isikan kedalam acuan kertas, menampakkan kismis.
6. Taburkan badam diatas.
7. Bakar selama 10-15 minit dan sejukkan sebelum disimpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...