Selasa, Julai 30, 2013

Kueh Siput


Salam semua.. apa kata buat kueh siput untuk raya... kerana selalunya raya kueh beginilah yang lebih laku.. itu pendapat sayalah.. Biskut biskut tentu cantik untuk dihidangkan, sesuai untuk anak anak yang betul betul enjoy raya daripada orang tua..

Hari ni, tah terajinlah pulak nak menggentel sambil sambil tengok television, habis juga dibuat kueh siputni.. bukan susah mana pun! hanya tangan je berjalan, picit tepung, tekan dan gulung, cerita habis kueh pun siap.. Kalau nak ikutkan malas juga dengan kerja menggentel ni.. tapi ia memang salah satu snek kegemaran yang dimakan sekali sekala..

Dalam menyediakan kueh siput terpulanglah pada banyak mana sukatan yang hendak dibuat, so kita pandai pandai lah mengagak campuran bahan semasa mengadunnya.  Ada juga yang membuat dengan memasukan bawang, santan dan udang kering kedalam adunan ini.. tentu sedap .. tetapi resipi ini tak banyak bahan pun tetapi masih rangup dan lembut untuk dimakan.


Bahan Bahan
2 cawan tepung gandum (terpulang pada kuatiti yang dikehendaki)
1-2 sudu besar rempah kari (daging)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2-3 sudu besar margerine/butter
1 biji telur
sedikit air (untuk diuli)
1-2 helai daun kari (1 dihiris halus dan satu untuk dimasukan semasa menggoreng)
sedikit garam, lada sulah dan serbuk perasa
3-4 cawan minyak untuk menggoreng

1. Dalam mangkuk yang besar, masukan tepung, rempah kari, serbuk cili, jintan putih, telur ,daun kari, garam dan kacau adunan hingga sebati.
2. Masukan butter/margarine dan sedikit air. Uli hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
3. Dengan menggunakan acuan yang leper dan bergigi, cubit sebesar ibu jari, bulatkan, tekap pada acuan dan gulung untuk mendapatkan bentuk siput.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana, goreng hingga kekuningan, masukan lebihan daun kari kedalam gorengan dan terus angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...