Sabtu, Ogos 03, 2013

Taukua Sumbat Berudang


Salam semua... sekarang ni dah nak penghujung ramadankan.... sat je masa berlalu.. lepas tu raya.. apa pun, masak tetap masak, tak masak tak boleh buka puasa... beli kalau, Masya Allah huii!! mau juga belanja lebih dari RM20.00 kalau rambang mata, kalau beli hari hari bagainmana? Memasak dirumah lebih menjimatkan dan lebih banyak kuatiti dari membeli..

Hari ni, kita berbuka dengan Taukua sumbat atau Tauhu Sumbat.. sumbatlah apa apa kalau suka, bagi saya, taukua, ini disumbatkan dengan gorengan udang yang dicincang bersama taukua yang dikeluarkan isinya sebelum di goreng bersama lobak merah yang disagat, tauge yang dicelur dan hirisan salad. Sedap dimakan dengan kuah kacang atau pun dengan sos cili/tomato kalau malaslah nak buat kuah kacang tu... Ini pun disebabkan ada lebihan kuah satay semalam.. so apa lagi tak membazirlah kuah satay tu..


Bahan Bahannya
5 keping taukua putih (dikeluarkan isinya dengan menggunakan sudu kecil dan ketepikan)
6 ekor udang besar (dicincang)
1/2 cawan taugeh (dicelur)
1 batang daun salad (dihiris)
1 bawang besar (dicincang)
1/2 lobak merah (disagat)
Sedikit lada hitam/putih
garam secukup rasa
1-2 cawan minyak untuk menggoreng





Caranya
1. Panaskan kuali untuk menggoreng kulit taukua yang telah dikeluarkan isinya, goreng hingga garing dan asingkan.
2. Kurangkan minyak dalam anggaran 1-2 sudu besar, goreng bawang merah, lobak merah seketika.
3. Masukan udang dan kacau goreng sebentar dan masukan isi taukua yang dicincang.
4. Masukan garam dan lada hitam/sulah,  goreng selama dua tiga minit hingga terbit minyak dan ketepikan.
5. Isikan Inti udang, salad dan taugeh dan hidangkan bersama sos atau kuah kacang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...