Isnin, Ogos 05, 2013

Udang Goreng Berempah


 Salam semua, dah nak sampai ke pengakhir ramadankan!...  hari ni dapat juga update satu resepi buka puasa yang dimasak semalam.. Atas permintaan sesorang, maka ditunaikanlah memandangkan masih lagi ada udang yang sudah disiang dan disimpan didalam peti sejuk tu... suke lah member kita tu setelah hajat ditunaikan.. Senang je masakan ni, udang yang diperapkan bersama rempah kari, lada hitam, sedikit bawang putih dan halia. Ia kemudian digoreng dengan campuran bawang dan daun kari.. tak sampai 2-3 minit dah masak respi ini.. so kalau nak cuba resipinya saperti dibawah..

Bahan Bahan
1 mangkuk udang (dibuang kulit dan uratnya)
1 bawang besar (dihiris)
1 biji ubi kentang (dihiris bulat2)
1-2 sudu besar serbuk kari (ayam)
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang putih yang ditumbuk bersama 1/2 inci halia
2 helai daun kari
garam secukupmya
2-3 sudu besar minyak masak


Caranya
1. Perapkan udang dengan serbuk kari, lada hitam. bawang putih, halia dan letak sebelah.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ubi kentang yang telah dihiris halus hingga garing.
3. Setelah ubi diangkat, gorengkan udang selama 10-15 saat hingga isinya menjadi putih dan masukan bawang besar dan 2 urutan daun kari, goreng selama seminit dua sebelum diangkat dan dihidangkan bersama kentang goreng tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan