Rabu, September 11, 2013

Bihun goreng


Salam pagi khamis. Hari ni betul betul pening juga nak memikirkan juadah sarapan.. maka dengan apa yang ada saja didalam peti sejuk tu di keluarkan, ada ayam, ada tomato, daun ketumbar, daun bawang, cili dan ayam saja yang tinggal.. kerana apa!... kerana tak pergi pasar... begitulah ceritanya. Perut harus diisi juga, malas ke tak malaske.. otak tetap berjalan walaupun kita yang malas  keluar untuk membeli sarapan.. hai... orang perempuanlah katakan!.. bangun je pagi otaknya banyak memikirkan apa harus disediakan.. tak gitu...

Bercakap soal bihun pula, macam macam jenis dan stail, masing masing dengan cara sendiri memandangkan dengan bahan yang ada, dan tidak begitu mengikut peraturan.. kita masih boleh menyediakanya walaupun ada yang suka mengikut teknik teknik yang biasa digunakan. Main hentam goreng sajalah, asalkan cukup rasa... tu yang lebih pentingkan! Yang pelik sikit pada bihun ni, apabila dimasukan daun ketumbar kedalamnya dapat membangkitkan rasa yang agak berlainan.. sedap juga apabila mencobanya.

Bahan Bahan
___________________
1 paket bihun jenis halus (direndam hingga lembut)
1 batang daun bawang
1 batang daun ketumbar
1 batang cili (hiris)
1 mangkuk ayam (dihiris halus)
1 biji tomato dadu

Bahan Bahan Tumis
_________________
1 labu bawang besar (dadu)
1-2 ulas bawang putih (cincang)
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
1-2 cawan air
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
2-3 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap masin
3-4 sudu besar minyak
garam gula secukup rasa

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga terbit bau.
2. Masukan ayam, kacau goreng hingga ayam menjadi putih.
3. Masukan serbuk lada hitam dan cili boh. kacau sebentar hingga terbit minyak.
4. Masukan air, sos cili, tomato, sos tiram, kicap masin, dan tomato,renih sebentar hingga mendidih.
5. Masukan bihun, kacau goreng hingga bihun menjadi lembut dan masukan daun bawang dan daun ketumbar dan cili yang dihiris (anggaran setengah inci), kacau hingga ia benar benar lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...