Isnin, September 09, 2013

Pakora

Salam semua, berpagian dengan hujan dengan cuaca yang sejuk sekali! !cadangnya nak relaks jea.. tetapi memandangkan perut harus diisi dan mahukan yang senang senang saja sebagai sarapan ini sajalah yang dapat di sediakan, cepat mudah dan terus ngap saja...

Adakah anda biasa dengan Pakora? cucur yang disediakan oleh kebanyakan orang orang India, memang sedap! kerana ia disediakan dengan menggunakan tepung kacang dal dengan perisian bawang besar yang di hiris halus dan memanjang, malah sayuran saperti lobak merah, timun juga boleh dimasukkan jika mahu.


Dalam adunan ini, saya meletakkan hirisan bawang besar, cili hijau, cili merah, manakala tepungnya dibancuh dengan baking soda dan sedikit tepung gandum.. dengan cara begini anda akan mendapati cucurnya ringan, lembut dan rangup, sedap dimakan panas panas dengan cicahan sos cili/tomato. Sesuai juga untuk hidangan petang bersama teh panas!


Bahan Bahan nya
2 cawan tepung kacang dal (chickpea flour)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1 labu bawang besar (dihiris memanjang dan halus)
1/2 biji timun (dihiris memanjang dan halus)
1 biji cili merah/hijau (hiris memanjang, halus)
1-2 cawan air (agak kepekatan adunan menyerupai saperti membuat cucur tetapi tidak telalu pekat)
minyak untuk menggoreng (deep fry)

1. Satukan kesemua aduanan kedalam mangkuk dan masukan air (anggaran air tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)

2. Panaskan minyak, dengan mengunakan sudu besar kaupkan adunan dan lurutkan kedalam minyak dan goreng hingga kekuningan dan angkat.

3. Sediakan panas panas dengan sos tomato/cili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...