Rabu, September 04, 2013

Butter Cake

Salam semua.. hari ni mak kerajinan nak buat kek.. kerana apa! kerana si tuan puteri akan balik dari kolej, ada something to eat at home lah... lagipun saya suka simple kek begini.. sedap dimakan kerana adunan resipi yang digunakan adalah kebiasaan saja apabila membuat kek. Tekstur nya pun memang lembut, jadi apabila teringin saja maka dengan adunan ini sajelah diguna pakai.. tak payah nak cari cari respi .


Tidak salah jua kalau kita mencuba dengan berbagai acuan selain dari kebiasaan bulat atau empat segi.. hmm saja suka suka..dengan satu adunan boleh mendapatkan dua kek  sebegini berukuran 6 x 3inci. Jadi pandai pandailah dengan cobaan masing masing...


Bahan Bahan
250gm Buttercup (suhu bilik - tidak terlalu sejuk)
1 cawan (250 ml) gula kastor
4 biji telur (grade A - besar)
1 3/4 cawan tepung kek naik sendiri (Superfine)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
1/4 sudu kecil garam

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C.
2. Sediakan acuan diatas dengan sapuan butter dan sedikit taburan tepung.
3. Pukul butter dan gula hingga kembang. (menggunakan Cake mixer)
4. Masukan telur satu persatu hingga habis.
5. Masukkan esen vanila.
6. Ayakkan tepung bersama garam dan baking powder dan perlahan lahan masukkan kedalam adunan, putar hingga ia sebati.
7. Tuangkan kedalam adunan dan bakar selama 30-35 minit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan