Ahad, September 01, 2013

Muffin Cherry Hijau


Salam pagi Isnin.. hmmm.. dah masuk bulan September 2013 dah.. wah.. wah.. masa berlalu begitulah pantas.. umur makin meningkat, tetapi kehidupan harus juga diteruskan. Masak makan tentulah pasti dilakukan kalau tidak kehidupan juga tak begitu bermakna.. so.. pagi ni rajinlah pula nak buat muffin, memandangkan kueh raya semua dah habis.. teringin pula nak makan manis, bersesuaian dengan kehendak jugalah... Tahun ni Alhamdulilah tiada pembaziran dalam menghabiskan biskut raya, cukup cukup untuk perkongsian bersama jiran dan taulan..

Setelah menjengah peti sejuk, maka terjumpalah ceri hijau dan badam ni, so apa lagi berperisa ceri dan badam lah muffin ku hari ini.. pagi petang siang malam pun boleh snek dengan muffin ni.. kalau nak mencoba nya memang senang..


Bahan Bahan Basah
1/2 cawan Butter (Buttercup)
2 biji telur (grade A)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Bahan Bahan Kering (diayak)
1 1/2 cawan (250ml) tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cream of tartar
1/2 cawan ceri (dipotong kecil)
1/2 cawan hirisan badam

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sediakan tin muffin dengan sapuan mentega dan sedikit taburan tepung.
2. Cairkan mentega didalam ketuhar selama 2-3 minit dan keluarkan.
3. Satukan bahan bahan basah dan kacau hingga sebati.
4. Masukan bahan kering, kacau dengan menggunakan 'whisk' atau sudu kayu hingga sebati.
5. Sudukan adunan untuk memenuhi 3/4 tin muffin dan taburkan kismis hijan dan hirisan badam.
6. Bakar selama 25-30 minit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan