Salam hari khamis... pagi tadi duduk tak duduk siap juga pie sardin yang senang ini... Dah ada mood nak makan pedas pedas pulak.. so fikir punyalah fikir dibuat jugalah pie ni... kalau lah warung kueh ada dekat rumah, maknanya.. pagi pagi confirm relaks... pagi pagi memang malas nak keluar..tapi waktu membuat ini tak lah pagi sangat.. dalam pukul 8.30 jea.. boleh lah makan untuk sarapan pagi.
Senang je nak buat pie ni, main hentam hentam taruh atas pun siap juga, hanya, tepung jea yang perlu diuli.. kemudian di lenyek lenyek sardin tu dan potong bawang dan cili ditaburkan diatas, kemudian dibakar hingga kekuningan.
Bahan Bahan untuk pastri
2 cawan tepun gandum
1/2 cawan susu full cream Dutchlady
1/2 cawan Butter (didadu)
1. Masukan tepung dan butter kedalam mangkuk, picit dan tekankan butter kedalam tepung dengan menggunakan hujung jari supaya sebati.
2. Masukan susu dan uli hingga tidak melekat pada mangkuk dan ketepikan sebentar.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C selama 15minit, sediakan acuan tin dengan sapuan mentega/butter pada setiap penjuru tin.
4. Bulatkan adunan dan leperkan dengan menggunakan rolling pin dan tekankan doh pada setiap penjuru tin pembakar.
Bahan Bahan untuk Isinya.
1 tin kecil sardin.
1/2 biji limau nipis
1 biji tomato (hiris).
1 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
sedikit garam
1. Ambil isi ikan sardin dan lenyekkan dengan menggunakan garpu hingga hancur.
2. Masukan garam dan perahkan air limau nipis dan ketepikan.
3. Hiris bawang, tomato dan cili.,
4. Tuangkan sardin yang telah dilenyek kedalam doh yang telah ditekapkan dan taburkan bawang, tomato dan cili keatas permukaan sardin.
5. Bakar selama 30-40 minit hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan