Jumaat, Oktober 18, 2013
Ayam Berlemon
Salam semua.. hari ni baru senang nak update resipi ayam goreng berkuah lemon yang agak masam masam manis ni... something different daripada lauk lauk yang selalu dimasak.. tidak pedas dan sesuai untuk kanak kanak, dimakan dengan nasi putih panas panas tentu menyelerakan..
Cara memasak ayam berlemon ini boleh digunakan dengan 2 cara yang berbeza. samada kita hendak mengasingkan kuah lemonnya atau dimasakan sekali saperti masakan ayam berkicap.. terpulang lah pada citarasa masing masing. Dimasak begini adalah sesuai untuk dihidangkan bersama nasi..kerana sedikit sayuran ditambahkan untuk mendapatkan dwi rasa pada ayam berlemon ini.. oleh juga dihidangkan sebagai snek dimana ayam yang digoreng kecil kecil boleh di cicahkan kedalam sos..
Bahan Bahan
5-6 keping dada ayam (dihiris kecil sebesar ibu jari)
1-2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
sedikit kulit lemon yang disagat
1 barang lobak merah (dihiris nipis dan bentukkan saperti bunga
1/2 lada bengala (dipotong 3 segi)
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
Bahan Bahan sos
1 biji lemon (diperah untuk jusnya dan kulitnya di sagat)
2-3 sudu besar madu lebah
1 sudu kicap cair
1-2 cawan air/stok ayam
1 labu bawang besar (dihiris)
1-2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (dihiris)
sedikit lada hitam
sedikit garam
1-2 sudu kecil tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air
1. Salutkan ayam dengan tepung jagung, garam dan kulit lemon dan perapkan sebentar.
2. Goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
3. Satukan jus perahan lemon, kicap, lada hitam, madu lebah didalam sebiji mangkuk, sedikit garam, rasa dan ketepikan. Mendapatkan rasanya dengan cara begini adalah lebih sesuai.
4. Panaskan kuali dengan 1-2 sudu minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
5, Masukan air/stok ayam, renih sebentar.
6, Masukan lobak merah, renih hingga lembut sebelum memasukan lada benggala.
7. Tuangkan sos yang telah disebatikan, kacau sebentar dan masukan ayam.
8. Masukan tepung jagung yang telah dikacaukan bersama sedikit air untuk memekatkan sosnya, kacau sebentar sebelum menutup api.
9. Hidangkan dengan taburan kulit lemon yang telah disagat keatasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan