Isnin, Oktober 21, 2013

Kueh Kaswi



Salam hari selasa.. hari ni bersarapan dengan kueh kaswi cara orang malas.. Malassss!! yea malas nak buat kueh kaswi 0riginal iaitu kaswi pandan... who careskan... asalkan boleh makan dan rasa seakan akan maka bolehlah makan.. yang penting jangan perasan... kerana sekarang memang susah nak dapatkan daun pandan.. janganlah segan segan kerana hubby nak makan...  Wah rhyming sekali!! Buat ni pun hanya untuk dua orang saja jadi tak lah susah manapun .  Infact... inilah kueh yang termudah nak dibuat kalau nak bicarakan pasal kueh mueh ni...

Dik kerana takada daun pandan makan penggantinya adalah esen ros dan pewarna hijau.. dulu dah buatkan kaswi gula merah, jadi kali ni kaswi hijau pulak.. warna hijau memang menarik kalau nak diikutkan.. yang penting bahan bahan saperti tepung gandum, tepung beras, tepung ubi dan kelapa perlu ada sebagai stok dirumah..


Bahan Bahan
1 cawan tepun gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
3/4 cawan gula
1-2 cawan air (anggarkan campuran air dengan campuran tepung)
1 sudu kecil esen ros
1/4 sudu kecil pewarna hijau

Bahan Bahan lain : Sedikit kelapa parut (1 cawan) yang digaulkan dengan sedikit garam

1. Panaskan pengukus dengan air yang secukupnya,
2. Masukan tepung gandum, terpung beras, gula dan tepung ubi dalam satu mangkuk dan kacau rata.
3. Masukan air, esen ros dan pewarna hijau, anggarkan adunan supaya tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Kacau hingga sebati dan tuangkan kedalam bekas.
4. Kukus selama 20- minit dan sejukan.. potong dan hidangkan bersam gaulan kelapa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan