Ahad, Oktober 06, 2013

Bahulu Kemboja

Salam Isnin yang hujan jea kebelakangan ni...hari ni terrrajinlah pulak nak buat bahulu kemboja ni.. jadi kalau adalah kueh mueh dirumah tak payah lah nak risau risaukan apa nak makan, kerana kita harus makan kan!! kalau tidak fikiran pun tak tenteram jadinya bila perut sudah berbunyi..walaupun membeli diluar adalah satu kesenangan tetapi tak selalu mendapat kepuasan yang kita idamkan.. itupun terpulang kepada warung warung yang menjualnya.

                

Kueh Kemboja atau Bahula Kemboja ni mudah saja, tak ada tradisionalnya, kerana tak pakai daun pandan pun..dan tak dibubuhkan bijan kerana stoknya tidak ada... sebab itulah main alah kadar je...yang penting rasa dan teksturnya sedap pun cukup... we cannot be perrrrfect all the time kan.. kalau nak modify saperti masterchef pun terpulanglah... sometimes less is more... thats what they say..

               

Bahan Bahan
1 biji kelapa parut
2 cawan air
2 biji telur
1 cawan gula
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen ros
1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit minyak untuk sapuan diacuan

1. Kisar kelapa dengan 2 cawan air, tapis dan ambil santannya.
2. Bersihkan blender dan masukan telur dan gula, kisar sebentar dalam 1-2 saat.
3. Masukan santan, sedikit garam pewarna dan kisar hingga sebati
4. Masukan tepung dan kisar lagi hingga larut.
5. Panaskan oven pada suhu 200 d C, dan sapukan acuan yang disukai dan tuangkan adunan kedalam acuan.
6. Bakar selama 30 minit dan sejukkan sebelum dikeluarkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...