Kueh Kemboja atau Bahula Kemboja ni mudah saja, tak ada tradisionalnya, kerana tak pakai daun pandan pun..dan tak dibubuhkan bijan kerana stoknya tidak ada... sebab itulah main alah kadar je...yang penting rasa dan teksturnya sedap pun cukup... we cannot be perrrrfect all the time kan.. kalau nak modify saperti masterchef pun terpulanglah... sometimes less is more... thats what they say..
Bahan Bahan
1 biji kelapa parut
2 cawan air
2 biji telur
1 cawan gula
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen ros
1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit minyak untuk sapuan diacuan
1. Kisar kelapa dengan 2 cawan air, tapis dan ambil santannya.
2. Bersihkan blender dan masukan telur dan gula, kisar sebentar dalam 1-2 saat.
3. Masukan santan, sedikit garam pewarna dan kisar hingga sebati
4. Masukan tepung dan kisar lagi hingga larut.
5. Panaskan oven pada suhu 200 d C, dan sapukan acuan yang disukai dan tuangkan adunan kedalam acuan.
6. Bakar selama 30 minit dan sejukkan sebelum dikeluarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan