Rabu, Oktober 09, 2013

Cream Puff

Selamat pagi... Hari ni dah te-rajin-lah pula nak buat cream puff.. semalam terbuka tv, adalah pula rancangan masakan membuat cream puff tu.. sebelum ini blogger popular CMG pun buat cream puff, tapi seumur hidup boleh dikira berapa kali yang buat cream puff... ini kali kedua... eeee malu nak mengaku.. almaklumlah .. dolu dolu bekerja ... mana ada interest untuk buat semua ni..Asalkan dalam hidup ini, ada juga percubaan melakukan kebaikan buat diri sendiri.. itu yang pentingkan.. Never too late to learn... thats it...


Just love them... kerana memang lembut!  kalau difikirkan, tak de roti atau bun dirumah makan makanan begini memang sesuai .. Tak susah pun membuatnya, asalkan rajin nak mengeluarkan bahan bahan dan segala peralatan dan kemudian membasuhnya... itu saja.  Kali ini cream puff ditambahkan sedikit hirisan badam diatasnya.. kerana apa!!!... kerana rancangan tv buat begitu, kalau nak modify pun kena patut patutlah... belum sampai advance stage.. insya Allah kalau mood dan kesabaran baik.. boleh lah nak jadi pro sedikit.  So beginilah cara saya.


Bahan Bahan untuk Puff
100 ml air
50 ml susu cair (Dutchlady full cream)
100 gm butter (di potong empat kecil)
1 sudu kecil esen vanila
sedikit garam
150 gm tepung gandum
4 biji telur (dipukul dan sedikit disimpan untuk sapuan diatas puff)
sedikit hirisan badam


1. Masukan butter kedalam periuk kecil/saucepan bersama air, garam dan susu dan masak hingga mendidih.
2. Ayak tepung, dan masukan tepung kedalam didihan air tadi dan, kacau hingga tidak melekat hingga tepung menjadi kental dan sejukan pada suhu suam.
3. Masukan 3/4 daripada telur yang dipukul dan dengan menggunakan whisk atau cake mixer kacau hingga adunan menjadi lembut dan berkrim.
4. Dengan menggunakan piping bag masukan adunan dan betukan dengan 3 kali pusingan.. teruskan hingga habis.
5. Sapukan telur yang dipukul tadi  dan taburkan badam dan bakar pada suhu 200 darjah C selama 20 minit.
6. Sejukan dan potong puff tersebut untuk memasukan cream kedalamnya.

Adunan Kastad
1 Cawan susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter

1. Masukan susu, tepung kastad, gula dan vanila kedalam periuk yang kecil.
2. Masak diatas api yang sederhana hingga adunan menjadi hampir pekat.
3. Kecilkan api dan masukan butter, kacau hingga sebati hingga adunan menjadi berkilat dan tutupkan api.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan