Salam semua... Pagi ahad yang agak redup hari ni.. asyik kebelakangan ini setiap minggu ada je kenduri yang harus di tandang.. Almaklumlah zaman dah berubah, perjalanan hidup juga harus diteruskan.. terasa juga hari hari yang dilalui makin berubah.. begitulah.
Kali ini dapat juga nak masukkan resepi yang dimasak semalam hanya untuk brunch..iaitu spaghetti goreng black pepper yang agak pedas ni. Spaghetti yang agak simple tapi masih lembut teksturnya.
Memasak spaghetti atau pasta, saya lebih suka bila pasta di rebus hingga lembut dan terus ditapis dan dimasukan kedalam bahan bahan yang baru digoreng, dengan cara ini juga agak cepat cara penyediaan nya.
Memandangkan tak banyak sayuran yang ada.. hanya dengan bahan bahan yang ada saperti lada benggala, daun sup dan daun bawang, lobak merah dan cili sahaja dimasukan kedalam resipi ini.. dan bahan penyedapnya adalah daging ayam cincang.. yang penting bagi setiap penyediaan makanan begini, kelembutan, tekstur dan rasa sudah cukup memadai....
Bahan Bahan
1 paket macaroni
1 cawam daging ayam cincang
1 batang lobak merah (dihiris)
1 biji tomato (dadu)
1 batang cili (dihiris)
1/2 biji lada benggala (dadu)
1 batang daun sup (dihiris)
1 batang daun bawang (dihiris)
Bahan Bahan tumis
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos lada hitam
1-2 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu besar sos cili
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 cawan air
2-3 sudu besar minyak masak
sedikit garam sebagai perasa
1. Panaskan periuk dengan air yang secukupnya dan rebuskan air hingga mendidih dan masukan macaroni, rebus hingga lembut.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
3. Masukan ayam cincang, goreng sebentar hingga bewarna putih dan masukan sedikit lada hitam.
4. Masuk cili boh, sos lada hitam, sos cili, kicap pekat, garam dan masukan air, renih sebentar.
5. Masukan lobak merah, lada benggala, cili dan macaroni, kacau goreng hingga hampir lembut dan masukan duan sup dan daun bawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan