Jumaat, Disember 06, 2013

Croissant





Salam semua, pagi pagi merupakan hari yang agak mencabarkan kalau harus difikirkan apa nak makan untuk sarapan, sama ada nak membeli diluar atau hendak membuatnya sendiri atau nak makan roti atau cereal sahaja.. Harus diingat juga, stok stok simpanan saperti pastri yang siap dijual dapat menghasilkan hidangan yang segera saperti membuat, apple pie, chicken pie dan lain lain.

Teringin juga nak membuat croissant ni, tapi apabila dibelek belek resipi, renyah juga hendak membuatnya, mana lah pagi pagi nak menguli doh yang cantik untuk mendapatkan croissant yang sedap, walaupun kita boleh mengulinya pada waktu malam, tetapi tak buat homework pula atau perancangan nak membuat croissant...  Fikir punya fikir, doh croissant lebih kurang sama dengan doh pastri yang siap dijual, apa lagi, tanpa berfikir panjang dihasilkanlah croissant dari puff pastri jenama 'Kawan' ni... begitu mudah sekali.

Anda hanya perlu mengeluarkan dari peti sejuk, nyah bekukan, potong tiga segi saperti dibawah, gulung supaya mendapatkan bentuk croissant, sapu telur yang dipukul, dan terus memasukan kedalam oven yang siap di panaskan pada suhu 18- darjah C dan membakarnya selama 25 minit.. itu saja... Waallllaah... sedap juga disapukan jem atau butter kena dengan nescafe.. hmmm terbuka mata!


Bahan Bahan
1 paket puff pastri (jenama Kawan atau lain lain)
1 biji telur (dipukul)

1. Panaskan oven pada suhu 18o darjah C selama 10-15 minit.
2. Keluarkan puff pastri, potong setengah untuk mendapatkan bentuk tiga segi.
3. Gulung dari satu bahagian hujung yang lebar, untuk mendapatkan bentuk croissant.
4. Sapukan telur diatas dan bakar selama 25 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan