Sabtu, Disember 07, 2013

Kari Ikan Sembilang bersama zuchini


Lauk hari ini, kari ikan sembilang bersama zuchini,  hmm .. berselera makan hari ni!  Zucchini yang menyerupai timun tu!.. jangan tak tahu.. sedap dimasukkan kedalam kari ini.. kerana ia tidak begitu berbiji. Rasanya juga saperti terung dan timun biasa, daripada seekor ikan sembilang yang agak besar saiznya, setengah dimasakan kari dan setengah di goreng, cukup untuk dua orang saj.. Nak tahu, tengah tengah nak masak, terlupalah pula, yang serbuk kunyit dah habis, hmmm.. apa lagi tanpa berfikir panjang dilumurkan saja isi ikan dengan rempah kari ikan dengan garam untuk digoreng.. so tak payah susah susah nak pergi mencari serbuk kunyit pun.. sedap juga begini. Jadi disini nak updatekan saja kari ikan sembilang saja untuk resipinya.


Bahan Bahan
1 ekor ikan sembilang (diambil bahagian kepala dan ekor - sebanyak 2-3 ketul)
1/2 zucchini (di[potong anggaran 2 inci dibelah empat)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 batang cili hijau
1 batang daun kari
2-3 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa.
garam untuk perasa

Bahan bahan tumis
1  bawang besar (dihiris/dadu)
2-3 ulas bawang putih
1 helai daun kari
1/2 inci halia (dihiris memanjang)
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar rempah kari (Babas)

1.  Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, putih, halia dan halba hingga terbit bau.
2.  Masukan rempah ikan (dikacau dengan sedikit air), renih sebentar hingga terbit minyak.
3.  Masukan santan, renih seketika.
4.  Masukan timun dan tomato, didihkan sebentar supaya hampir lembut.
5.  Masukan ikan, renih hingga hampir lembut dan  masukan cili hijau dan daun kari sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan