Rabu, Disember 04, 2013

Seri Muka Durian



As salam.. Sekarang ni cuaca memang agak buruk sana sinikan.. Hingga banyak negeri mengalami masaalah banjir yang agak kritikal.  Syukur Alhamdulilah, disini tidak mengalami bencana sedemikian, akan tetapi dapat merasakan kesusahan dan kepayahan yang dialami mereka, bukan senang hidup merempat dengan keadaan rumah yang tenggelam dan amat menyedihkan. Mungkin bantuan secara kewangan dapat juga disalurkan kepada mereka.. Walau apa pun elok jugalah kita mendoakan semoga bencana ini berakhir dengan secepatnya.

Hmm.. Duduk dirumah dengan cuaca begini elok juga menajamkan skill membuat kuih seri muka ni.. Seri muka durian.. Elok jugalah tu boleh memanaskan badan waktu sejuk sejuk begini.  Rasa toppingnya seakan akan dodol durian gitu.. So boleh cuba kalau mahu.. Hidangan ini adalah hidangan kecil dalam acuan 6 inci diameter.


Bahan Pulut
200 gm pulut
200 ml santan 
Sedikit garam

1. Basuh pulut, masukan kedalam loyang dengan santan menutup sama paras pulut (tidak saperti masak nasi).
2. Taburkan sedikit garam, kacau rata.
3. Panaskan pengukus dengan air yang secukupnya dan stimkan pulut hingga berkilat selama 15-20 minit diatas api yang kuat.
4. Keluarkan loyang, tekan dan tekap pulut supaya ia sejat dan biarkan sebentar.

Bahan Atas
400 ml santan dari sebiji kelapa yang dikisar dan diperahkan.
1 cawan isi durian
2 biji telur bersaiz besar
100 gm tepung jagung
3/4 cawan gula merah
3-4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

1. Satukan kesemua bahan kedalam blender, kisar hingga sebati.
2. Masukan adunan kedalam periuk kecil dan masak diatas api yang perlahan hingga ia hampir pekat dan berwap.
3. Tuangkan keatas pulut dan stim selama 15-20 minit.
4. Sejukan sebelum memotong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan