Isnin, Disember 02, 2013

Mee goreng (dari sambal tumis)



Salam pagi selasa yang agak suram , agaknya nak hujan kut... Takpelah lagi best .. Sejuk sikit, sekarang cuaca pula memang tidak menentu, berita yang terbaru pula adalah Kuantan dah mula banjir.. Setiap tahun kita akan mengalami bencana beginikan.. Begitulah kehendakNya.. Yang penting kita selalu bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Pagi ni nak kongsi cara membuat mee dari lebihan sambal tumis udang yang berbaki dari semalam.. Bahan bahan memang sudah disediakan terlebih dahulu didalam peti sejuk tu.. Jadi apa lagi, main tumis tumis jea lah.., apa yang diperlukan adalah bahan sampingan saperti taugeh, sawi, taukua, cili dan tomato. 

Bahan bahan
1 mangkuk sambal tumis udang
2 ulas bawang merah
1 batang sawi
1 cawan taugeh
1 biji tomato - kecil, dihiris
1 batang cili merah
1 keping taukua
1-2 sudu besar kicap lemak mani
Sedikit garam dan gula sebagai perasa
2-3 sudu besar minyak untuk menggoreng

1. Panaskan kuali, goreng taukua hingga kekuningan dan toskan. Potong kecil kecil.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah hingga terbit bau.
3. Masukan sambal tumis, kacau sebentar sebelum memasukan garam, gula dan sedikit kicap. Masukan air sedikit (angaran setengah cawan)
4. Masukan batang sawi dahulu sebelum memasukan daunnya diikuti dengan tomato.
5. Masukan mee kuning, kacau rata.
6. Masukan taugeh, taukua dan cili, kacau rata. Kacau goreng sebentar hingga mee menjadi lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan