Jumaat, Januari 03, 2014

Apam Lenggang



Selamat Pagi Sabtu yang cerah pada hari ini, semalam ternampak satu resipi dari Saveur Magazine mengenari Apam Lenggang .. senang saja adunan yang diberikan pada resipi apam  ini, setelah mencuba dengan resipi ini dirasakan sesuatu yang kurang pada adunannya.  Setelah membancuh adunan ini, dengan satu percubaan, nampaknya tidak menjadi, oleh itu dengan sedikit tokok tambah dan sedikit adjustment akhirnya menjadi juga ia saperti crepes gitu..

Membuat adunan menggunakan yeast selalu mengambil masa yang lama untuk menunggu sebelum boleh memasaknya, tetapi yang ajaibnya ia tidak memerlukan masa yang setelah mengukus atau memasaknya.. dengan pengalaman yang ada, saya rasakan kita harus tahu tentang setiap satu adunan dimana ia mendatangkan keberhasilan yang sebenar, umpamanya untuk membuat adunan menggunakan yeast adunan haruslah benar benar berbuih atau foamy dan ringan teksturnya sebelum memasak. Untuk memudahkan kerja, saya tidak memerlukan masa yang lama untuk membuihkan adunan yeast ini, hanya selepas adunan diadun, saya hanya biarkan selama 10-15 minit, kemudian mengacau sebanyak mungkin hingga ia berbuih diatasnya dan adunan haruslah pekat pekat cair begitu.  Tips adunan untuk batter yang baik adalah dengan mencelupkan sudu, kemudian diguriskan dan anda mendapat adunan masih lekat pada sudu dengan garisan yang membelah itu licin dipermukaan sudu.

Bahan bahan yang digunakan dibahagikan pada dua bahagian supaya senang kita mengadunnya.

Bahan Bahan basah
1 1/2 cawan air suam (suam kuku)
1 sudu kecil yeast kering
1 sudu kecil gula

2-3 sudu besar santan kotak (yang dicampurkan kemudian)
1 biji telur)

Satukan bahan ini, biarkan selama 10 minit hingga berbuih.

Bahan Bahan Kering
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1-2 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)
3-4 sudu gula
1 sudu kecil garam

Sedikit butter/minyak untuk disapu pada kuali/saucepan (elok  menggunakan saucepan yang non stick)

1.  Satukan bahan basah dan bahan kering didalam dua mangkuk yang berasingan.
2.  Campurkan kedua dua adunan, kacau hingga sebati.
3.  Pukulkan telur berasingan dan tuangkan kedalam adunan.
4.  Masukan pati santan dari (santan kotak) kacau hingga sebati. teruskan mengacau adunan hingga menjadi berbuih dan tambahkan sedikit air jika perlu.
5.  Dengan menggunakan saucepan yang biasa, panas dan lenserkan dengan sedikit minyak.
6.  Kaupkan adunan aggaran setengah cawan dan tuangkan adunan pada kuali yang dipanaskan pada api yang perlahan, angkat kuali dan goyangkan untuk mendapat kesamarataan, tutup sebentar, biarkan ia dimasak sendiri hingga kekuningan dan lipatkan sebelum mengangkatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan