Khamis, Januari 02, 2014

Nasi goreng Cina



Salam Jumaat yang pertama pada tahun ini.. hari ini masak yang simple simple aje... bila dah takde mood nak masak makan begini pun syukur Alhamdulilah,.. dari lebihan nasi yang ada semalam, cukup untuk membuat Nasi goreng Cina yang mudah dan tak perlu bersusah payah dengan campuran yang pedas pedas, kalau nak tambah pedas potong saja cili api, tuangkan saja kicap sebagai sampingan.. hmm memang terangkat.

Hidangan ini hanya cukup untuk dua orang saja.. malah tak banyak bahan diperlukan.. hanya sedikit lobak merah yang dihiris, daun bawang, telur kalau nak tambah dengan bahan bahan lagi terpulanglah..


Bahan Bahan
1 mangkuk nasi semalam
1 biji telur
4-5 ekor udang basah (dibuangkan kulit)
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang kecil)
1 btg daun bawang (dihiris)
2 ulas bawang kecil (hiris)
1-2 ulas bawang putih (diketuk)
1-2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
2-3 sudu besar minyak 
2-3 sudu besar kicap cair
sedikit garam
\1-2 batang cili burung/cili api yang dicampurkan dengan kicap cair - hidangan sampingan.

1. Panaslan kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan lobak merah hingga terbit bau.
2. Masukan udang, kacau sebentar.
3. Pecahkan telur, kacau goreng hingga sebati.
4. Masukan lada hitam/putih dan sedikit garam.
5. Masukan nasi, kacau rata hingga sebati.
6. Masukan sedikit kicap dan minyak bijan, kacau selama 5-10 minit dan tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan