Rabu, Januari 01, 2014
Apple Puffs
Salam Tahun Baru 2014 ... memulakan tahun dengan entri pertama pada tahun ini setelah sekian lama tak masak, kerana kesibukan kenduri sana sini, maka dapur pun kurang berasap! kalau berasap pun hanya dengan menu yang biasa biasa saja.. Tahun baru perlu ada azam baru, tapi memandangkan tidak banyak pula azam yang hendak dibuat kerana umur yang semakin meningkat hanya azam untuk memperbaiki diri adalah lebih sesuai dari kehendak material semata mata. Masa berlalu terlalu cepatkan, yang ada anak tu sibuk lah hendak menguruskan keperluan anak anak yang akan bersekolah, bertambahlah jadual untuk hari hari yang akan dilalui.. yang penting kehidupan perlu diterus dengan sebaik mungkin supaya senang dimasa hadapan.
Berbalik kepada resipi yang mudah ini, hmm.. ia adalah seperti apple pie juga tinggalkan pastrinya adalah puff pastri yang siap dijual dan mudah sekali untuk membuatnya dikala kesempitan waktu. Main lipat lipat saja dengan isian apple yang didadu dan di gaulkan bersama gula dan serbuk kayu manis. Sesuai juga dihidangkan pada waktu pagi dan petang.
Bahan Bahan
1 paket Puff Pastri (jenama Kawan)
2 biji epal hijau (buangkan kulit dan dadu kecil)
1-2 sudu kecil gula merah/pasir
1-2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 biji telur
1. Buangkan kulit epal dan dadukan kecil kecil.
2. Camputkan gula dan serbuk kayu manis, kacau hingga sebati.
3. Keluarkan satu keping puff pastri dan gelekan sedikit dengan sedikit tepung, potong kepada tiga bahagian memanjang.
4. Isikan pada satu bahagian dan gulungkan hingga kepenghujung, lakukan hingga habis.
5. Letakan diatas dulang pembakar, cucukan diatas permukaan pastri dengan hujung pisau sebanyak yang mungkin.
6. Sapukan permukaan puff dengan telur yang dipukul dan bakar selama 30-35 minit pada suhu 180 darjah C hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan