Khamis, Januari 23, 2014

Bubur Caca Keledek


Assalamualaikum semua.. wah setelah sekian lama, hari ni mengagahkan diri walaupun malas memasak dengan masakan bubur sahaja.. memandangkan keledek yang sebiji terbiar menanti untuk di korbankan maka terhasilah bubur ini.. Keledeknya pula kecil sahaja... jadi sesuai saja dibuatkan bubur untuk dua orang. Lama benar tak masak bubur so bila ada saja yang post tentang bubur, wah!! kepinginlah pulak.

Membuat bubur atau pengat memang mudah dan cepatkan!  sesuai untuk desert dan minum petang,  Keledek yang digunakan adalah keledek bewarna oren gitu, untuk mendapatkan warna yang cantik elok juga di campurkan dengan keledek putih dengan campuran caca yang siap dibeli dalam paket kecil.

Bubur begini boleh dihidangkan panas atau sejuk.  Masukan saja didalam peti sejuk dan boleh dijadikan hidangan petang walaupun dimasak pada pagi hari.



Bahan Bahan
1 biji keledek (Terpulang pada saiznya - didadu kecil)
1 paket kecil caca (yang siap dijual)
3 cawan santan
2 sudu besar santan kotak
4-5 sudu besar gula putih/merah
2 cawan air
1-2 helai daun pandan
sedikit garam

1. Potong atau dadukan keledek kecil kecil dan rebuskan dengan air yang sama paras dengan keledek.
2. Masukan sedikit garam dan daun pandan, renih hingga keledek menjadi setengah masak.
3. Masukan santan dan gula, kacau sebentar hingga mendidih.
4. Masukan caca, renih hingga keledek dan caca menjadi lembut dan kuahnya menjadi pekat dan tambahkan dua sudu santan kotak untuk memekatkan lagi, renih seketika sebelum menutupkan api.
5. Hidangkan sejuk atau panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan