Sabtu, Januari 25, 2014
Pudding Blueberry
Assalamualaikum semua... hari ini memulakan pagi dengan Pudding Blueberry yang seakan akan bingka blueberry gitu.. Setelah membeli satu paket blueberry dari pasaraya hari tu, macam macam fikiran tentang apa yang hendak dijadikan dengan blueberry ni.. kerana sudah terbiasa pula dengan bueberry muffins so pagi ini teringin pula nak makan bingka.. terfikir pula kalau ada ubi kayu kan best... masaalahnya.. tak pula membelinya, aleh aleh blueberry ini yang dikorbankan untuk dijadikan pudding.. Elok dipotong dan dimakan bersama ice cream sebagai topping..
Membuatnya pula memang mudah apabila kesemua bahan dikisar dan terus dituangkan kedalam acuan dan dibakar selama 45 minit.. Setelah dimasak anda akan mendapati warna pada teksturnya bewarna 'purple' gitu.. Malah kalau nak dibandingkan dengan cara membuat bingka memanglah serupa. Berikut adalah cara cara membuatnya.
Bahan Bahan
1 paket blueberry (anggaran 1 cawan 250 ml..)
1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 cawan santan (250ml)
1 3/4 cawan tepung gandum
sedikit garam.
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit, sapukan acuan yang anda sukai dengan sedikit butter.
2. Masukan blueberry dan sedikit air kedalam alat pengisar dan kisarkan hingga sebati.
3. Masukan telur, gula, garam, santan, kisar lagi hingga sebati.
4. Masukan tepung dan kisar lagi kesemuan bahan pekat dan sebati.
5. Tuangkan kedalam acuan dan bakar selama 40-45 minit dan sejukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan