Isnin, Januari 27, 2014

Keema Ayam Cincang



As Salam semua .. hari ni hari yang agak relaks yang boleh dirasakan.. entah tak tahu mengapa.. tetapi pada hakikatnya, jika kita tenang kita akan merasa lebih tenang dalam melalui hari hari yang kadangkala susah diramalkan keadaan kita... Ada kala kita akan merasakan waktu begitu cepat berlalu dan adakala juga kita merasakan waktu berlalu dengan lambatnya.. Ini semua terpulang dengan keadaan jiwa dan suasana masing masingkan!!

Walaupun sibuk 'online' hari ini, makan tetap makan! kerana perut tetap akan berbunyi apabila cukup waktunya.  Melihatkan jam sudah hampir tengah hari.. ayam cincang dikeluarkan untuk dinyahbekukan... tepung gandum dikeluarkan dan terus diadun untuk membuat roti nan dan dibiarkan kemudian untuk dibakar.. bahan bahan yang diperlukan terus di potong atau disediakan sementara menunggu ayam cincang benar benar dalam keadaan yang sesuai ditumis walaupun isinya masih keras dik sejuk beku dari kesan dari simpanan dalam peti sejuk..  

Cara memasaknya pula kali ini main hentam saja untuk menjimatkan masa dan tak perlu mengikut protocol penumisan secara biasa iaitu menumis bawang bawangnya dahulu.. kerana dengan cara begini dapat juga menjimatkan masa.. malah kalu dilihat cara orang orang putih masak pun lebih kurang begitu iaitu dengan caran "browning".. memasak ayam/daging dahulu sebelum memasukan rempah ratus yang lain.. 


Bahan Bahan
1 paket daging ayam (cincang)
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 cili merah (dipotong kasar)
1 cili hijau (dihiris kasar)
1 biji tomato (dibelah kecil)
1 batang daun bawang (dihiris)
1 inci halia (disagat)
1-2 cawan air
1 sudu besar rempah ayam (Babas)
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Rempah berantai : 2-3 buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam

1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam cincang hingga garing.
2. Masukan bawang besar, bawang putih halia, rempah serangkai,  kacau rata.
3. Masukan rempah, jintan, serbuk cili, serbuk kunyit, kacau hingga sebati.
4. Masukan air, renih hingga kuah menjadi hampir pekat dan masukan tomato, cili hijau/merah dan daun bawang dan garam. Tutup dan kacau sekali sekala hingga terbit minyak dan tutupkan api.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...