Ahad, Februari 02, 2014

Ayam Goreng Halia


Assalamualaikum semua... sekarang ini masih cuti sempena Hari Raya Cina hingga ke hari Isnin yang akan datang, negara kita ni kaya benar dengan cutikan... Almaklumlah negara yang berbilang kaum.. kekadang rasa terbeban juga dengan banyaknya cuti kerana ada benda benda yang harus dilakukan tidak dapat dilakukan kerana tidak dapat berurusan hingga apa yang perlu dilakukan asyik tertangguh sahaja.. Nak buat macam mana, kena sabar jea lah..

Hari hari dilalui tentulah masak makan, kalau tak masak tentu makan diluar, makan diluar pula banyak pula belanjanya... jadi hari ini masak yang alah kadar sahaja.. Nasi putih bersama Rasam, Telur Dadar dan Ayam Halia saperti gamber diatas... Alhamdulilah .. makan begini pun sudah menyelerakan.

Masakan begini begitu mudah sahaja, sambil menanak nasi lauk pun siap... perfect timing.. nasi masak, lauk pun masak.. makan panas panas gitu.. Walaupun agak berminyak.. its ok.. sebab yang dimakan adalah isi ayam yang digaulkan dengan kunyit, serbuk jintan manis dan jintan kasar. lada hitam dan serbuk cili.. Ayam digoreng garing dahulu bersama halia hingga garing dan dimasukan bahan sampingan saperti bawang besar, cili merah dan daun kari sebagai pewangi.. Senangkan so bolehlah cuba apabila teringinkan yang mudah mudah sahaja.

Bahan Bahan
1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam

Gaulkan isi ayam dengan kesemua bahan diatas dan perap sebentar selama 10 minit.

Bahan Bahan sampingan
1 biji bawang besar (dihiris bulat/kasar)
1 cili merah (dihiris kasar)
2 helai daun kari
1 biji tomato (dibelah 6)
1 inci halia (dihiris kasar)
1/2 cawan minyak

1. Panaskan kuali, goreng ayam yang sudah diperap hingga hampir garing serta balik balikkan bersama halia yang di hiris kasar.
2. Masukan bahan sampingan dan kacau goreng sebentar hingga terbit bau dan terus diangkat dan dihidangkan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...