Sabtu, Februari 15, 2014

Ayam Goreng KFC Berhalia


As Salam semua... lama sungguh tidak memasak ayam goreng dirumah ni, kerana tidak ada anak anak kecil, jadi teringin pula nak membuat ayam goreng pada hari ini, dengan lauk sampingan saperti Parpu telur dan sayur kobis goreng kicap... cukuplah tu untuk berdua.. makan pula dengan nasi putih beras basmathi  gitu...

Hari tu semasa membeli 'grocery' terambil tepung KFC, agak lama juga tersimpan dan tidak terusik, melihatkan tarikh masih boleh digunakan lagi hingga tahun 2016 gitu, ayam mula dibasuh dan digaul dengan tepung tersebut, setelah meneliti tepung itu, barulah terperasan bahawa tepung itu ada perasa kari.. tapi, agak pudar juga warna campuran tepung itu.. rasa nak modify lah sikit dengan penambahan halia dan bawang putih yang disagat halus dan campurkan kedalam adunan sebelum menggaulkan dengan sebiji telur putih.


Selalunya, memulakan process memasak ayam KFC ini, adalah dengan dua cara iaitu celupan berasingan bersamaan telur putih dan kemudian disalutkan tepung , untuk memudahkan cara saya rasa elok saja digaulkan semua supaya lebih sebati, malah ditambahkan sedikit lagi garam dan lada hitam pada adunan ini... so.. bolehlah nak agak agak bagaimana rasanyakan.. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik goreng dengan minyak banyak supaya dapat menutupi keseluruhan ayam dan dibiarkan garing sebelum mengangkatnya. Untuk menambahkan perisa daun kari juga dimasukan kedalam adunan.

Bahan Bahan
6-8 ketul ayam (terpulang sama ada hendak membuang kulitnya)
1 biji telur putih
4-5 sudu besar tepung KFC perisa kari
1 inci halia (disagat)
2-3 ulas bawang putih (disagat/tumbuk)
2 batang daun kari
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

1. Satukan ketulan ayam, telur putih, tepung KFC, halia, bawang putih, satu helai daun kari, lada hitam dan garam, kacau hingga sebati dan biarkan selama 15-20 minit,

2. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan gorengkan ayam hingga garing sambil membalik balikan ayam hingga garing, angkat dan toskan dengan menggunakan kertas dapur.

3. Hidangkan dengan taburan daun kari keatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...