Isnin, Februari 17, 2014

Bubur Oats


                   

Wahh... kerajinan lah pula memuatkan blog dua tiga hari ni.. bukan apa buat masa sekarang ni memang agak relaks sedikit, jadi sementara ada masa tu, hmmm, eloklah juga untuk disharekan bersama.. seronok juga berblog ni, bukan untuk menunjuk nunjuk tapi hanya dapat berkongsi cara cara masakan.  Dunia masakan ini sangat luas dengan olah olahan resipi dari mereka yang begitu berminat didalam bidang ini.. Walaupun bukan Chef, tetapi pengalaman sebagai seorang ibu dan isteri memahami setiap anak anaknya.. termasuklah Encik hubby.. setiap citarasa mereka berbeza beza jadi sebagai ibu fahamlah sangat makanan kegemaran anak anak dan encik suami tu..

Memandangkan usia yang semakin lanjut, pemakanan juga harus dijaga.. agak menakutkan bila diusia hampir senja begini,  macam macam penyakit boleh didapati dengan cara pemakanan kita.  Memang saya suka memasak untuk mereka, yang peliknya, yang memasaknya, makannya adalah sedikit sahaja, malah jika berlebihan banyak diberikan pada jiran sebelah, tak membazir dan dapat juga berbakti dengan bersedekah.

                   

Oats memang sesuai bagi mereka yang sakit jantung, jadi sarapan begini disediakan untuk kami berdua yang telah tua ni.. memasaknya pula memang mudah dengan hanya memanaskan susu, kemudian dicampurkan dengan sedikit gula, garam dan hidangkan bersama potongan buah epal dan kurma.. malah boleh dicampurkan dengan kismis, badam dan buah buahan kering. Jika tidak sesuai sebagai manisan elok juga dimakan saperti memasak bubur nasi dengan ikan bilis goreng bersama kekacang. Ia mudah mengembang jadi elok dimakan panas sebelum ia sejuk.

Bahan Bahan
3 cawan susu
1 cawan oats (Quickcook)
1-2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
1 biji Epal hijau (dadu)
3-4 ulas buah kurma (dihiris)

1. Panaskan periuk kecil/saucepan dengan susu hingga berstim.
2. Masukan gula dan sedikit garam.
3. Masukan oats, kacau hingga ia menjadi lembut dan hampir pekat lalu terus dihidangkan kedalam mangkuk dengan buat epal dan kurma.



                    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...