Khamis, Mac 13, 2014

Fettucine Goreng

Salam semua... hari ini dah hari keenam, pesawat MH370 masih belum dijumpai lagi.. begitulah, bukan senang hendak mencari sesuatu yang hilang dilautkan!.. Macam macam teori dan spekulasi disana sini, tapi masih belum mendapat satu kepastian tentang kedudukan pesawat yang malang itu. Walaupun rakyat Malaysia sudah banyak berdoa dan sembahyang hajat dengan penuh harapan.. hanya Allah jua yang menentukan.. Usaha tetap usaha selagi kita boleh berusaha hanya Allah yang akan menilaikan usaha kita itu..

Banyak pula sidang media diadakan namun tidak menemui jawapan dan dari apa yang diamati kita masih lagi tenang dalam menjalankan penyiasatan itu.. Itulah yang dinamakan kesabaran dan kematangan dari rakyat Malaysia berbeza dari rakyat disebelah sana. tetapi memang tidak dapat dinafi, jiwa mana yang tidak akan lara, apabila sanak saudara lenyap begitu sahaja.   Yang anihnya didalam setiap orang berusaha dengan berbagai bagai usaha, kini timbul pula cara dan yang begitu pelikkan iatu itu usaha yang dilakukan oleh seorang bomoh yang dikirakan tidak sesuai lagi pada zaman sekarang. Malah rakyat Malaysia juga dapat menilai tentang cara yang dilakukan itu kerana ia tidak selari dengan ajaran islam.. Walaupun mungkin dia dari zaman dahulu, mungkin kita masih boleh menegurnya dengan cara yang baik daripada memainkan peranan mempersendakan usaha beliau. Sedih pula bila ia dibawa dari seorang pembesar negara yang sepatutnya menunjukan kebenaran dari melakukan sesuatu yang boleh memalukan negara sendiri. Hmmm.. harap perkara perkara begini tidak berulang lagi.


Masak tetap masak, makan tetap makan, jadi hari ini hidangan untuk makan malam adalah Fettucine goreng yang mudah mudah saja.  Kalau nak dibezakan dengan kuey teow, fettucine lebih banyak tekstur keanjalannya dari kuey teow.  Ini style melayulah katakan.. tak payah nak buat style omputih selalukan..  Ia digoreng bersama , kailan, cendawan, udang bersama sos black pepper, soso cili dan lain lain. Saperti juga kita menggoreng kuey teow atay mee gitu. Anda boleh membelinya dalam apa jua bentuk, kerana yang saya beli adalah dari jenama "Baronia" diamana ia dibuat bulat bulat supaya senang hendak agak banyak mana yang diperlukan.


Bahan Bahan
1 paket Fettucine Baronia (digunakan sebanyak 5 ketul sahaja)
1 litre air (untuk rebusan Fettucine)
sedikit garam

Rebus Fettucine hingga benar benar lembut dan ketepikan.

Bahan Bahan Lain
1 labu bawang besar (dihiris/dadu)
1-2 ulas bawang putih
2 batang kailan (dipotong 1 inci)
1 cawan cendawan (terpulang jenisnya)
1 biji tomato (dibelah 6)
1 cili merah (dihiris)
1 mangkuk udang basah (dibuang kulit dan urat belakang)
1 batang daun bawang
2-3 sudu besar kicap lemak masin
2-3 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar sos black pepper
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
1 cawan air (anggaran)
1 sudu kecil lada putih/sulah
3-4 sudu besar minyak masak
sedikit garam

1. Panaskan kuali, goreng bawang besar, bawang putih hingga terbit bau.
2. Masukan udang, goreng hingga udang bertukar warna (putih)
3. Masukan cili boh, kicap, sos black pepper, sos cili/tomato, lada sulah dan sedikit garam.
4. Masukan 1 cawan air, renih hingga mendidih.
5. Masukan, batang daun kailan bersama cendawan, goreng sebentar.
6. Masukan daun kailan, tomato dan cili, kacau sebentar hingga kailan hampir lembut.
7. Masukan fettucine yang telah direbus, kacau goreng hingga benar benar lembut dan tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...