Jumaat, Mac 14, 2014

Lompang

Salam semua, hari ini nak updatekan resipi lompang yang dibuat dengan cara yang berlainan.. bukan apa sebab tak ada acuan lompanglah maka jadilah lompang versi begini.. agak comellah acuanya kerana menggunakan acuan tart saja.. malah dibuatkan juga dengan dua acuan yang berlainan.  Suka tak suka asalkan boleh makan dan menjadi udah le..

Memang semenjak cuaca panas rasa hendak makan kueh begini pula.. entah.. tak tahu kenapa, mungkin ia lebih sedap dimakan sejuk.  Jadi selepas membuatnya saya akan meletakan didalam peti sejuk sebelum memakannya.  Memandangkan membuat kueh lompang adalah lebih kurang sama dengan kueh kaswi, kalau dah malas malas kerana tak cukup acuan, haaa.. masukan adunan kedalam loyang, dan sesudah dikukus makan saja bersam kelapa kan .. kan.. kan..

             

Bahan Bahan
1 cawan gula merah
2-3 sudu besar gula
1 simpul daun pandan
3 cawan air
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 sudu kecil kapur
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

1. Didihkan gula merah, gula, daun pandan dengan air hingga mendidih dan masukan kapur.
2. Satukan tepung beras, tepung gandum dengan dengan 2 cawan air dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan air gula merah kedalam mangkuk adunan tadi dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan pelengat dengan air yang secukupnya. Sapukan adunan dengan sedikit minyak.
5. Sudukan adunan kedalam acuan dan kukus selamat 15-20 minit.
6. Hidangkan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...