Ahad, April 13, 2014

Agar Agar Kopi Susu



Salam semua.. cuaca yang mendung dan berkuap sekali disini. Tiada mood nak keluar hari ini, cadangnya nak relaks saja, buka TV pun tak ada program yang best pulak, kebanyakan siaran program diulang tayang sampai  nak jemu..  akhirnya merajinkan diri untuk membuat agar agar kopi ini.. eloklah juga tu, walaupun sudah melelapkan mata seketika, bangun... buntu.. terus merebuskan agar agar yang agak lama tersimpan....
kalau kena agar agar begini cerahlah mata kut!

Siapa yang tak tahu nak buat agar agarkan.. tetapi kadang kadang idea tu tak kesampaian melainkan kita membuatnya yang biasa sahaja.. ikut selera masing masinglah, jika nak buat yang glamour glamour sikit, haa duduklah lama lama sikit didapur tu.. atas nama interest atau hobi..


Agar agar ini begitu mudah dibuat, hanya campuran serbuk nescafe dan susu sejat sahaja.  Agar agar mula direbus dan dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dibancukan sahaja dengan nescafe dan gula, manakala bahagian lain dikacau dengan susut sejat, saperti bancuhan kopi juga, ia seolah olah bancuhan kopi susu gitu...

Bahan Bahan
20 gm agar agar bertali
8 sudu besar gula
800 ml air (anggaran 4 gelas)
1 sudu besar serbuk Nescafe
2-3 sudu besar susu sejat
secubit garam

1. Rebus agar agar bersama air hingga benar benar larut.
2. Bahagikan kepada dua bahagian.
3. Bancuh satu bahagian didalam periuk dengan serbuk nescafe dan gula, kacau hingga mendidih.
4. Satu bahagian lagi dibancuh dengan susu sejat/susu pekat dan garam hingga putih..
5. Tuang dan tapiskan bahagian putih dahulu pada setengah acuan, sejukan kedalam peti sejuk.
6. Setelah ia keras, gunakan garfu cucukan sedikit di beberapa bahagian, tuangkan bahagian nescafe tadi dan sejukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...