Khamis, April 10, 2014

Kek Zebra (minyak)


Salam semua... hari ini memulakan pagi dengan percubaan membuat kek dengan cara yang berbeza sedikit.. Kalau nak diikutkan kalau orang dahulu cukup takut dengan teknik teknik membuat kek, sekarang tidak lagi dah... Everything kena follow step by step.. itulah tips bagi yang mahir membuat kek.. malah saya yang jahil ni pun percaya lah.. bukan apa.. zaman dulu dan zaman sekarang banyak bezanya. Dulu tak ada internet, kena beli buku resipi, dan buku resipi pula tidak banyak, malah dipelajari dari majalah sahaja. Beruntunglah anak anak zaman sekarang yang mempunyai segala keperluan teknologi canggih ketika ini..



Bertuahnya mereka kan.. sebagai seorang ibu di zaman sekarang ini, walaupun dah berumur elok lah manafaat kan diri walaupun sudah berumur, selain beribadat tentu sekali kehidupan perlu diisi dengan benda benda yang bermanafaat dan berkongsi resipi begini dapat juga membantu anak anak sekarang yang dahagakan ilmu. Sewaktu membuat kek ini, sementara menunggu ia dibakar, sempat jua berinternet gitu, tiba tiba dapat message bahawa, saya kini menjadi nenek lagi!.. Alhamdulilah.. dah tiga dah cucu ku.. next time cucu cucuku dapat juga tengok hasil kerja nenek yang pandai IT ni haaa... cewah.. bila lagi nak melawak kan.



Pada satu ketika..., Kek Minyak begitu popular dikalangan blogger dan ibu ibu muda, menarik sekali, percubaan mereka dengan berbagai warna warni gitu.. Kek ini juga dibuat dengan penggunaan minyak, seharusnya minyak sayuran, tapi saya menggunakan minyak Canola saja dan tekniknya pula adalah dengan penambahan air soda (carbonated water) pada adunan ini... agak menarik caranya.




Bahan Bahan
2 biji telur (grade A)
1 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak sayuran
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
100 ml air soda
2 sudu besar serbuk koko
2-3 sudu besar air
1/4 sudu kecil garam

1. Pecahkan telur  ke dalam mangkuk, pukul (whisk) hingga berbuih.
2. Masukan gula, pukul hingga kembang.
3. Masukan esen vanilla.
4. Masukan minyak sayuran, kacau hingga sebati.
5. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan masukan sedikit dahulu kedalam adunan.
6. Masukan air soda, kacau, tambahkan sedikit tepung diselang seli hingga habis.
7. Bahagikan kepada dua bahagian, ( satu bahagian disatukan dengan serbuk koko).
8. Larutkan serbuk koko dengan sedikit air, kacau hingga sebati dan masukan kedalam sebahagian dari adunan tadi.
9. Sapukan acuan berukuran 6 inci dengan minyak sayuran.
10. Mulakan dengan adunan koko dengan 3 sudu besar, dimasukan kedalam acuan, diselang selikan dengan adunan putih hingga habis sebanyak 2 sudu besar.
11. Bakar pada suhu 180 darjah C kedalam oven yang sudah dipanaskan selama 15 minit hingga terbit bau.

## hendak memasukan air soda itu terpulang, tapi resipi tidak dimasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...