Rabu, April 30, 2014

Baguette Daging Cincang

Salam semua...  Hari yang agak sibuk dengan kerja kerja rumah.. Bila terpandang waktu, dah hampir pukul satu, maka terpaksalah menyediakan apa yang ada dan mudah mudah sahaja, lepas tu boleh rest. Makanan begini pun mengenyangkan, dan sesuai untuk hari hari yang sibuk. Nak kata ringan tidak juga kerana dengan adanya daging cincang dapat menahan perut hingga ke petang.

                

Mudah saja bagi yang ingin mencubanya... beli sahaja roti Perancis ini dipasaraya, dari sebatang roti yang panjang boleh dipotong tiga dan dibelah dua, disapu buttter, kalau suka tambahkan saja mayonnaise, kemudiandi gril atau bakar saja didalam oven selama 10-12 minit. Kalau dibakar diatas dulang pembakar yang bergaris tentu cantik tekstur roti yang digaringkan.  Untuk isinya pula adalah daging cincang yang di tumis bersama rempah ratus saperti serbuk jintan manis, jintan putih, lada sulah, serbuk kunyit, lada hitam dan ditambahkan lagi dengan daun bay.  Cukup garam dan serbuk perasa tentu dapat menaikan rasa daging yang digoreng hingga benar benar garing. Ia kemudian di hidangkan dengan lapisan daun salad dan kobis unggu.. kalau ada tomato elok ditambahkan untuk mendapat seri lagi gitu...  Kalau rasa benar benar susah nak 'ngap' dia disebabkan saiz yang besar, elok saja dipotong kecil lagi supaya senang nak 'nga' dengan menggunakan tangan.
                           

Bahan Bahan
1 keping Roti Perancis (baguette)
Butter untuk sapuan
1 batang daun salad
1/4 kobis unggu

Bahan untuk Daging Cincang
1 paket daging cincang
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil madu
1-2 helai daun bay
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 cm halia (hiris)
1 biji tomato (dadu)
1 batang daun bawang (dihiris halus)
garam dan serbuk perasa
3-4 sudu besar minyak sapi

1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun bay hingga terbit bau.
2. Masukan daging cincang, kacau hingga bertukar warna.
3. Masukan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kunyi, lada hitam, madu, garam, serbuk perasa dan kacau rata.
4. Masukan tomato dan daun bawang apabila hampir kering dan tutupkan api.
5. Sapukan butter pada roti, gril atau bakar selama 10-12 minit.
6. Letak daun salad, kobis unggu (tomato jika suka) dan letakan daging yang dimasak tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...