Selasa, Mei 06, 2014

Bruschetta Pepperoni

Satu hidangan yang mungkin sesuai sebagai 'appetizer' tetapi di makan waktu makan malam... Bukan apa sebab tak masak hari ini, asyik jalan saja jadi hidangan begini pun cukuplah untuk makan malam.



Mudah jea hendak membuatnya, dalam masa 10 minit pun sudah boleh mengadap hidangan kerana anda hanya perlu membeli bahan bahan saperti 'pepperoni' yang siap dijual, hanya perlu mengorengkan dengan sedikit minyak, membakar roti Perancis yang disapukan butter dan serbuk bawang putih dan meletakan sahaja daun 'basil', lettuce dan tomato, kalau suka makan saja dengan sos cili dan tomato.



Bahan bahan
Roti Perancis ( dipotong serong)
1 paket pepperoni daging
Butter (untuk sapuan)
Serbuk bawang putih
Daun 'basil'
Salad lettuce
Tomato (dihiris)

1. Panaskan kuali leper dengan sedikit butter.
2. Goreng pepperoni hingga garing.
3. Sapukan butter pada roti yang di potong serong dan taburkan serbuk bawang putih.
4. Hiris salad, tomato dan daun basil, letakan diatas roti dan lapiskan dengan pepperoni.. Hidangkan panas panas bersama sos cili/tomato

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...