Jumaat, April 04, 2014

Bihun Singapura


Salam semua, cepatnya masa berlalu kan!! sekarang dah bulan April, sebelum ini kita resah dengan cuaca yang panas dan ketiadaan air, ketika ini pula diturunkan musim hujan pula.  Terkadang terasa pula kemana lah arah tujuan kita selain rutin rutin biasa yang dilakukan.  Kisah kisah masyarakat tak pernah lekang dengan cerita cerita suka duka yang dipamerkan didada akhbar.. Bermacam macam dugaan pula tu..  Perbezaan yang dilihat adalah dunia sekarang banyak mementingkan kemewahan, kebanggaan dan kejayaan. Soalnya bukan tak boleh berjaya tetapi haruslah mengikut landasan kesederhanaan dan ketakwaan di dalam diri untuk mengelak dari gejala gejala yang tak diingini. Haiii, walaupun di dapur perasaan begini tetap menjadi tanda tanya sebagai seorang ibu. Walaupun kita telah berusaha membesarkan anak anak namun belum tentu lagi dapat mengharap kehidupan yang sempurna.  Tetapi sebagai ibu, banyak kan lah berdoa, itu sajalah yang dapat dikongsikan bersama.


Berbalik kepada soal makan ini, kali ini d idapur saya berasap dengan resipi Bihun Singapura yang mudah sahaja, dari bahan bahan yang ada sahaja pun boleh menjadikan sesuatu masakan itu sedap, terutama sekali bila cukup rasa pada bahan bahan tumbuk/kisar.  Selebihnya nak ditambahkan sayuran berbagai terpulang dengan apa yang ada di dalam simpanan peti sejuk tu.  Bahan Bahan yang digunakan disini adalah sawi putih (bak choy), telur, tomato, daging ayam cincang.  Mudah sahaja.



Bahan Bahan
2/3 keping bihun (jenis halus-direndam hingga lembut)
1 cawan daging ayam cincang
3 batang bak choy
2 biji telur (digoreng pecah pecah dengan sedikit minyak
1 biji tomato
3-4 sudu besar kicap masin
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
2 cawan air/stok daging
3-4 sudu besar minyak
Sedikit garam

Bahan Bahan tumbuk
1 labu bawang besar / 4-5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2-3 sudu kecil lada hitam

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Terdahulu goreng telur pecah yang telah dipukul dengan sedikit garam dan ketepikan.
3. Tambahkan minyak pada kuali, tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
4. Masukan daging ayam cincang, kacau hingga menjadi putih.
5. Masukan sedikit garam, kicap masin dan sos tiram dan lada sulah
6. Masukan air/stok, renih hingga mendidih.
7. Masukan sawi bak choy bersama dengan tomato.
8. Masukan bihun, kacau rata hingga lembut dan masukan telur.
9. Hidangkan bersama cili potong yang dicampurkan dengan sedikit kicap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...